Isnin, 28 Februari 2011

Afrina ciwi

Post sebelum tido dan pegi kerja pada esok hari yang memang tidak begitu mari lagi pada aku....



Sapa ciwi angkat tangan!


Saya seronok dapat basikal baru!

Ahad, 20 Februari 2011

Main flare




Sekarang ni musim tak da job wedding, aku tadak la bz sgt. Jadi semalam dah boring2, kuar rumah jejalan kat tepi sungai.. Yer, tepi sungai Kerian tu lagi.. macam tadak tempat lain dah nak pi... yg best stu ialah dekat dengan char kuey tiaw yg sedap, Char Kuew Tiaw Omaq.

Sekarang bole la jalan2 sket sbb Afrina dah kurang banyak dah batuk dan selesema dia. Dulu sakit mata skali kena, tp skang tgl batuk ja sket dgn kahak.. tu pon dah berapa kali pi sedut nebulizer ka nama dia kat klinik pakar kanak2 Ho tu... Sampai Afrina nampak ja bilik tu, terus keriau dan menangis. Masa bagi pakai topeng oksigen tu, lagi la tak berenti nangis... Kesian sgt, tp kena tahan la nak bagi sihat...

Sekarang Alhamdulillah dah ok banyak dan Afrina sudah mula memulakan aktiviti menambah berat badan dia kembali.. hehehehe...

Selasa, 8 Februari 2011

Mat dan Wani



Majlis berlangsung di Sg. Setar pada 5 Feb yang lalu. Couple ni diiringi dengan bridesmaid yang mmg ceria dan happening. Aku jarang nak suruh pengantin lompat2 sbb aku tak berapa suka gambaq lompat, tp utk kes depa ni, aku suruh ja depa lompat.. hehhee.. Tinggi jugak depa lompat ramai2...

Gambar banyak lagi dekat website rasmi aku (klik sini)

Anyway, slot masih banyak kosong utk bulan Mac, baru 1 confirmed booking pada 12 Mac. Tarikh lain masih free... Jadi sapa2 nak hire aku sbg jurugambar, sila la.. hehehhee..

Isnin, 7 Februari 2011

Afrina balik Tapah

Sekejap ja anak aku dah besaq... dah umur setahun lebih dah, dah boleh jalan dah. Dah pandai usik abg Zaquan dia... hehehe..






Harini dia sakit mata plak.. sian dia... Doktor cakap dia selesema lalu sumbat idung kemudian menyebabkan air mata tak boleh turun lalu ia bertukar menjadi nanah... dapat la ubat titik utk mata dan hidung... sian sungguh. Serba salah masa nak bagi ubat. Keriau tak hengat... nak titik air kat mata n lubang idung... tp nak baik kena gasak jugak la...

Ahad, 30 Januari 2011

Family Portraiture







Family portraiture shoot ni buat kat tepi sungai kerian ja.. Pot biasa utk org Parit Buntar macam aku.. Bukan apa, dah familiar, senang nak pi, banyak tempat menarik nak shoot... Aku tak ingat berapa wedding dah aku amik gambaq kat sni.. hehehe.. ni kali ke-2 wat family portraiture kat sni..

Kali ni aku diupah oleh Nani, kakak kepada si Yana, ala, yg gambaq duduk ataih motor tu.... objektif shooting kali ni utk aku personally ialah main bokeh...

Huh... I like..... Tp aku pernah baca kat salah satu website wedding, fotography is not about bokeh. It's true. Tp aku suka jugak layan bokeh nih... Kontrol jiwa ja, jgn teracun sampai berabis ribu2 duit yg tak cukup untuk diri sendiri dan family untk beli lens yg kaw-kaw punya bokeh...

Tapi kalau ada duit terlebih, beli jer la... hehehee

Kalau yg tak tau bokeh tu apa, ala, yg blur2 kat background or foreground subjek dalam gambar tu... tu la bokeh...

Ahad, 23 Januari 2011

Promosi 2011




Dah nak habis bulan Januari dah pon, tp takpa, biar lambat asal selamat orang tua2 kata. hehehee...

Sempena tahun 2011 ni, saya membuat satu promosi pakej fotografi perkahwinan baru untuk bakal2 pengantin di luar sana.

Bagi yang membaca blog ini, bolehlah bagitau kawan2 yang sedang mencari jurugambar perkahwinan, terutama jurugambar perkahwinan Utara. :D

Sabtu, 8 Januari 2011

Post wedding


Entry pertama utk tahun 2011. Entry ini menandakan job terakhir utk tahun 2010. Pasni sibuk buat album pulak... perghhh....

Sesi ni dibuat di Botanical Garden Pulau Pinang. Nama pasangan ialah Yana dan Zul. Waktu shooting, tgh hari rembang. Mmg mencabar. Selalu sesi outdoor dibuat pada waktu ptg atau pagi ketika cahaya lembut dan matahari berada pada kedudukan yang rendah, bukan tepat atas kepala.. hehehehe....

Anyway, harap2 Yana dan Zul berpuas hati dgn output. Tempahan utk 2011 mmg sentiasa dibuka utk wedding atau family portrait. Utk tahun ni, baru 1 booking yg konpirm... So masih banyak kekosongan... hehehee...

Utk melihat senarai pakej yang saya ada, sila klik pada link ini.. Kalu nak tau lebih lanjut, hantarlah email kepada saya atau isi borang di website yang tertera di atas dan klik send.