Ahad, 24 April 2011

saya budak nangis


Saya suka nangis, hari2 saya nangis. Saya nangis kerana badan aya gatal sbb ada ruam panas. Ayah saya suka ambil gambar saya masa saya nangis... tensen la ayah nih...


Tapi saya tetap sayang dengan ayah saya.. saya bangun tido ajer.. saya akan sebut 'ayah, ayah...' kemudian saya cari ibu saya nak minum susu.. hehehee...

Selasa, 19 April 2011

Awas Jerat Skim Cepat Kaya Yang Bertopengkan Skim MLM

Kita dah selalu dengar pasal skim cepat kaya, sama ada di internet atau sewaktu dgnnya...

Semoga petikan dari artikel JAKIM di bawah dapat memberi sedikit pedoman kepada kita agar jangan terlalu rakus mengejar kekayaan sekelip mata...

Pada aku, kaya cepat, nanti bankrap pon cepat... hehehee..



"Skim cepat kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antara yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash. Malah terdapat juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang modus operandinya menyerupai skim cepat kaya tetapi menggunakan label MLM untuk mengelirukan para pengguna. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjauhi sebarang pelan atau skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi (bagus) untuk dipercayai kebenarannya (too good to be true).

Ciri-ciri skim cepat kaya

1. Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2. Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3. Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4. Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
5. Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
6. Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7. Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8. Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9. Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.

Pada kebiasaannya antara ayat-ayat yang digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut:

“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”


KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".


Oleh itu, sebarang perniagaan jualan langsung (MLM) yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah bertentangan dengan bentuk perniagaan jualan langsung (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan dan dengan itu bercanggah dengan ketetapan hukum syarak.



Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dengan kerjasama:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan."

Ahad, 17 April 2011

Ragam kanak2

Last saturday, Nuli ada wat birthday bash utk anak dia, Irdina dan geng dia, Hakim dan Aleesya.. hakim anak Hadi, tp Aleesya, mmm sori aku tak tau anak saper... wakakkakaa...

Anyway, hari tu mmg sibuk sket, pas makan2 kat situ, pi kedai kamera favorite aku.. beli sedikit aksesori sket... tp sampai blog ni kuar, tak sempat lagi nak testing aksesori baru....

la la la... kat bawah ni ada la sket ragam kanak2 riang yg sempat aku rakam... banyak lagi yg lain kat Facebook aku..

Afrina tgh kontrol comey...

Hakim anak Hadi yg kontrol hensem juga...

Irdina malu2... hehehe..

tgh main2 dgn mak dia, Adnin




bweeekkkkk.. hehehehe..

Rabu, 13 April 2011

Main2 warna

Lama rasanya tak update blog nih.. dan lama sangat rasanya aku tak main2 dgn kaler tone.. dalam kesibukan setiap hari...

Kekadang aku pikir gak, benda apa la yg aku sibuk sangat... anyway, itu lain cerita.. hehehhe...

enjoy the pic and kaler...



Susah benar nak amik gambar budak kecik sebenarnya... Afrina ni laju dan tak reti duduk diam.. dalam banyak keping ambil, sikit ja yang menjadi.. yang lain tu blur la, tak elok la , apala... Tp yg menjadi, ekspressi muka mmg priceless... tak puas tgk hari2... hehehehe..

Gambar diambil guna lens 50 mm 1.8. Setting tak ingat tp aperture besar, f2.2.



Kalau ada yang perasan, gambar bawah ni aku suka (side lighting) cahaya petang tu jatuh dekat muka afrina. lovely light...



p/s
Bagi yang masih mencari jurugambar kahwin, bolehlah lawati website ini.... Saya masih free sepanjang tahun....

Jumaat, 1 April 2011

Fatimah Nur Zara Ramadhania



Panjang nama dia kan? tp aku suka la baby... baby memang la comei... hehehe..

teringin nak ada 'baby' baru.... 5D Mark II... hehehehe..

Sabtu, 19 Mac 2011

Anuar dan Syikin



Ni last week punya kerja, tp aku tak update blog... malas la... sekarang ni mood nak amik gambar dah berkurang... maybe sbb bisnes kurang memberangsangkan kot... wakakkakak...

Asyik org minta quotation utk majlis ujung tahun jer... sekarang baru bulan 3. Sekarang ni bakal2 pengantin dah pandai, survey market awai gila utk dapatkan best price n value for money... Jadi mintaklah quotation dari saya. Memang best price and value for money... wakakakka..

Pasni nak kena cari testimonial bekas pelanggan la...

Isnin, 28 Februari 2011

Din & Wati



Ni bukan job aku, tp Nasir Zain, aku sekadar tagging aka menyibuk sambil belajar apa yang patut dengan dia. hehehe...

Untuk lebih banyak gambar, sila ke laman web perkahwinan rasmi aku. Kalau suka, tekan la butang like kat stu... hehehehe...