Rabu, 10 Ogos 2011

cerita cerita


Lama dah tak update blog ni. Sebulan. uhuhuh...

Tadak material nak upload walaupon macam2 aktiviti dibuat. Ntahla... kekadang rasa malas ja nak amik gambaq... Amik gambaq tu seronok, nak edit n post gambaq leceh sket..

Lagipon job wedding dah kering. bulan 11 nanti baru ada. Jadi lagi la tadak material.. jadi mengomel la sikit..

keje amik gambo kahwin ni berat sebenarnya.. nampak ja macam senang.. jurusolek pengantin pon kerja dalam masa sejam lebih ja utk solek pengantin. Kemudian dibayar rm 100-200. Baju pengantin tempah khas, ribu2 jugak harganya, kalau pakai yg butik punya pon, paling koman RM400-500. Ada pakej butik utk pengantin RM 3000-4000 utk meja makan, baju pengantin, bilik tidor, pelamin, complete set la katakan. Berbaloi ka?

Aku kata berbaloi. Kahwin sekali ja, time ni ja nak melaram pon... Time ni la nak posing2 depan kamera. Yang buat aku musykil tu, part nak hire fotog plak, ramai yg tadak budget. Ala kadar ja...

Tak kisah la kan... dah tadak budget nak hire fotog. Janji yang penting2 semua setel. Itu lebih penting dan aku setuju.

Lepas kahwin 2-3 tahun... macam kes aku... aku dah tak ingat sangat dah actually apa yg berlaku masa kenduri. Aku dah tak ingat sapa kawan yang mai, sapa tak mai, makan apa, hantaran rupa macam mana, rupa aku masa kahwin, rupa bini aku masa kahwin.. semua memory blur2.. heheheehe...

Tapi aku nasib baik... sebab apa? sbb aku hire jurugambar yg mahir. Aku lupa banyak benda, tp bila tgk album kahwin aku, baru teringat... baru tengok, ni la kawan2 yang mai kenduri aku, ni la rupa sanak saudara aku, ni la rupa aku n bini aku masa kahwin tu... aku pakai baju apa, dan benda2 kecik yang lain.. refresh balik memori..

Nanti lagi 20 tahun ka, insyaallah kalau album tu elok lagi, boleh tunjuk kat anak2 bila depa dah besaq... ni tokwan, ni tok, ni ayah masa muda, ni pak menakan mak menakan hang, ni fesyen baju kahwin zaman ayah dulu... hehehhe...

Bnayk memori tersimpan dalam album tu.. hal2 baju kahwin, makeup kahwin, pelamin, bilik tido dsbgnya tu kegunaan sehari dua ja, lepas tu tak guna dah... tp kalau ada gambar yg cantik trsimpan dalam album, kita boleh tgk balik benda2 tu sepanjang hayat, Insyaallah..

Jadi aku kira nasib baik ada album cantik yg dibuat oleh jurugambar yg mahir. Ni pada pandangan aku la.. Setengah org rasa gambaq tak penting, atau tak payah bayaq mahai2... save kos... janji ada gambaq.. Ikut suka la kan?

Tp kalau aku, aku rasa bodoh ja buat baju tempah khas, pelamin, set makan dsbgnya mahai ribu2 tp kedekut kat fotog or juruvideo. Puas sekejap ja, abis majlis, apa dapat? Gambaq kategori sampah sbb hire jurugambar bru belajaq nak amik gambaq. Jangan salahkan jurugambar yg baru belajaq tu, sbb dia baru belajaq. Sapa suruh hang pi hire dia? Bukan hang tadak duit. Duit beribu perabis kat benda2 'sementara' tu boleh. Takkan tak boleh nak hire a descent photographer?

Aku cakap ni dari pengalaman. hehehehehe... ada yg keje besaq, majlis kahwin grand, tp bab jurugambar, kedekut nak mampuih... budget ciput, tp nak itu ini, demand itu ini, komplen macam macam... compare dgn jurugambar lain... Kesimpulan, perkhidmatan kena first class, produk first class tp nak bayar low class.... WTF?

Tak tipu, memang ada orang macam ni kat dunia ni. Tp tak ramai. Pada pendapat aku, kalau ada budget, hire la fotog ikut kemampuan masing2... Dan paling penting, pilih la elok2 agar dapat fotog yg mampu berikan hasil yg dikehendaki. Jgn la expect yg bukan2..

Inilah realiti dan cabaran seorang jurugambar kahwin. Agak2nya, senang ka susah jadi jurugambaq kahwin ni? heheeheheh..

Ahad, 10 Julai 2011

Tag dengan Amir

Sekeping jer...

malas taip banyak. nak bagi idup blog ni yang lama tak berupdate.

Isnin, 27 Jun 2011

Cuti2 Pangkor

Last week pi berjalan2 melepaskan stress yang banyak tersimpan dalam diri di Pulau Pangkor.. hehehe.. Dah lama rupanya aku tak pi jejalan dan amik cuti panjang...

Cerita Pangkor bermula dengan membooking hotel Pangkor Coral Bay Resort dengan pakej 3 hari 2 malam termasuk 2 breakfast, 2 lunch dan 2 dinner. Harga Pakej, RM 460. Ok la dengan status hotel 3 bintang.

Bertolak dari Parit Buntar dalam pukul 10 pagi lebih... Sampai2, parking kereta berbayar sebanyak RM 20 untuk 2 hari, tp takda bumbung... Kemudian naik la bot... Satu tiket bot Rm 10 untuk 1 orang dewasa. Tiket ni rupanya utk pergi dan balik. Jadi jgn buang tiket tu pas sampai pulau. Aku n wife ilangkan tiket, tp nasib baik depa tak check tiket masa balik.. hehehe...

Afrina ni, gila2 excited dapat naik bot... melompat sana, jerit sini... memang excited sungguh...


Sampai2 kat sana, kami naik teksi (van). Dari jeti ke hotel depa caj RM 10. huhuhuh... Masa daftar kat kaunter, kena letak deposit Rm 100.. Aku pon tak paham kenapa kena letak deposit, padahal dah bayar dah harga pakej... Lantak la kannn...


Bilik ok la... very spacious... cuma bilik aku menghadap jalan.. so macam kurang syiok... Tp malam2 bole la lepak2 sambil tgk gelagat org dan berfikir mengenai masa depan..


Aktiviti sepanjang bercuti ialah mandi pool... hehhee... Nak mandi laut, Si Afrina plak takut. First time tgk pantai dia menjerit2 excited... Tp bila mandi laut, dia jadi takut dan ntah kenapa, naik macam bintik2 merah kat kaki... Terus tak nak mandi laut dah... tgk pantai pon fobia dan terus nangis tarik tangan ajak pi tempat lain..

Nasib baik dia tak takut mandi pool... Mula2 takut2 la.. tp dah lama berendam, tak mau kuaq plak dah... hehehehe...


Selain mandi pool, kami pi kilang kilang satay ikan... Dari hotel ke kilang ikan sate, pergi balik kena RM 25....



Itu jer la yg buat kat Pangkor tu... lepak2 ja banyak... Oh ya... masa kat Pangkor, jumpe client lama, Kamarul.. Rupanya dia jaga projek kat situ... Tq belanja kami makan.. hehehe...

Cakap pasai makan, lunch n dinner masa first day kat hotel mmg agak kureng la... tak menarik.. tp, Sabtu and Ahad, lunch n dinner dia mmg sedap.. Breakfast, no komplen, sedap sokmo dan variety...

Muka nakai Afrina semasa di Pangkor..



Total perbelanjaan, lebih kurang RM 700 ja... mmg best dan budget... hehehehe...

Khamis, 23 Jun 2011

macam2

lama tak update blog nih... bukan apa. tadak kesempatan... ada jer hal... dah la PC aku baru jer kena hantar kedai format balik last week.. abis segala benda nak kena install blik... bookmark firefox pon kena wat balik... dah la banyak link2 besh aku sbg fotog pon sekali ilang...

Banyak benda nak update... tp takpa, update satu dulu... ehhehee... job kahwin, trip ke Pangkor, ada lagi tak wat...

More at my official wedding page...

Tahniah kepada Rohana dan Hazman...

Isnin, 6 Jun 2011

Mamiya Sekor 50 mm f2- part 2

Gambar ni diambil masa tag dgn Amir Alias 4 Jun yang lepas.

Dari segi praktikal atau tidak guna lense manual ni utk shoot wedding... Aku rasa kurang praktikal. Kalau nak shoot time posing ok rasanya, cuma jgn harap nak dapat candid shot la... yg tu mmg hampes la... tak sempat nak fokus punya.

Aku test kat 400D lense ni, gambar mmg kaler semua naik naturally.. kesimpulan, mmg best siot... sharp pon sharp, nak fokus jer yg leceh sket... Tak boleh bayang kalau lense ni digunakan pada body camera full frame.... perghhhh..... mesti tangkap leleh....

Tu belum masuk bab bokeh.... Oh, I really like Mamiya Sekor punya lense.. kepingin mau sebijik nanti...

More at my official wedding page.





p/s

3 keping ni jer yg guna mamiya sekor.. yg lain kat official page guna 85 mm 1.8

Ahad, 5 Jun 2011

Mamiya Sekor 50 mm f2

Mamiya Sekor 50 mm f2. Memang lense prime lama yang memang marvellous.

Nasib baik dapat pinjam lense Redza. Lense lama yg kalau nak fokus kena guna manual sahaja. Nasib baik ada adapter best dari ebay. Dapat jugak aku try lens nih.

Disebabkan kalau nak fokus gambar kena guna manual, memang la sangat susah nak ambil gambar subjek yang bergerak. Contoh macam Afrina...

Berapa keping ja jadi tp result memang puas ati. Pagi test dekat Afrina, ptg test masa wedding.. heheehe... mmg kaler dan sharpness(kalau dapat fokus la) dia meleleh.... Bokeh dia pon.... tatahannnnnnn....




pasni nak kena carik sebijik jugak la... heeheheh...

Sabtu, 4 Jun 2011

Berinai

Sekeping sahaja dari majlis berinai Aida.

Sekeping lagi di official website aku.