Memaparkan catatan dengan label Dinar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dinar. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2016

Brexit

Haritu dunia emas sibuk bising pasal Brexit. Orang yang tak pernah amik tau pon tetiba interested. Banyak yang mula bertanya. Tp jawapan yang biasa dengar ialah tak ada duit.💸💸💸

Sebenarnya kita memang tadak duit selagi tak simpan emas. Emas tu la duit sebenarnya. Yang kertas tu, sekadar berlagak macam duit. 😤

Takpa. Kita faham. Kertas tu masih laku. Jadi kumpul la kertas tu, tukar kepada emas. Baru rasa ada duit. Hehehhehe...😝

Tadak cara lain dah. Kena paksa kumpul. Nak tunggu ada duit memang sampai sudah la jawabnya. Last skali nganga... 😢

Masalahnya dunia tak tunggu kita. Dunia tak peduli pon apa nak jadi dengan kita. 😈

TAKE ACTION NOW. 😉

Paling koman, PM saya bertanya. Tanya la soalan dulu pasal emas ni. Saya bgtau apa yang saya tau. Sharing is caring. 👼

Bukan senang nak ubah persepsi. Bagi faham dulu. Kemudian, decide la sendiri. Saya boleh guide saja. 😊

Saya tak kaya pon kalau berjaya ajak orang simpan emas berkilo2... yang kaya orang yang simpan emas tu.  Komisen saya kecik ja tau... heehhehe..
Tapi ada ka yang nak simpan berkilo-kilo? 😅

Jadi nak bertanya tak payah segan, PM atau whattapps saya 012 7341693 📲

Mohd Fazry
PG00071694
Authorised Public Gold Dealer
Malay wedding photographer

Selasa, 24 Mei 2016

Hutang


Tips bebas hutang dari Penulis Buku "Zero Hutang"

MINDSET BEBAS HUTANG
-----------------------
.
Buat hutang tempoh lebih 10 tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik.
.
Mindset yang betul untuk bebas hutang:
.
(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.
.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.
.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
.
Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
.
Waktu tu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.
.
#motivasikewangan #zerohutang #bebaskewangan #tipskewanganperibadi

Ahad, 22 Mei 2016

Cara mengembangkan kekayaan

Tips kewangan daripada Mohd Zulkifli Shafie. Penulis Buku "Zero Hutang"

***Cara Pastikan Duit Simpanan Bertahan Lama***

Bila ada duit, godaan berbelanja sangat kuat. Bukan sahaja kalau dah ada duit, bahkan bila dapat tahu akan dapat duit (bonus), kita dah siap-siap fikir nak beli itu dan ini. Rasa PERLU beli itu, PERLU beli ini. Setiap apa yang nak dibeli, dah siap dengan alasan kukuh kenapa perlu beli itu, dan kenapa perlu beli ini. Pandai sungguh otak kita buat justifikasi...
:-)

.
Kalau trend begini berterusan, kekayaan kita susah bertahan, apatah lagi untuk berkembang.
.
Pengalaman saya, duit simpanan akan bertahan bila mana;
.
1. Tukar duit kepada EMAS. Sejak pertama kali menyimpan emas, saya belum lagi menjualnya. Setiap tahun saya pastikan ianya bertambah. Belum terfikir lagi untuk menjualnya sebab ia salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya. Saya tak tahu kenapa, rasa terlalu sayang untuk jual emas-emas itu. Mungkin sebab emas tu cantik dan memang Tuhan jadikan manusia memang sukakan emas.
.
2. Simpan duit dalam TABUNG HAJI dan 'hilangkan' bukunya. Duit simpanan sentiasa bertambah tapi nombornya tak nampak. Tak tahu berapa jumlah sebenar yang ada dalam akaun tersebut. Dan tentunya tak linkkan akaun TH dengan kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Jadi ia agak sulit untuk dikeluarkan. Kalaupun nak pakai duit, terpaksa cari duit lain...
.
3. Beli HARTANAH. Bila beli hartanah, kita sebenarnya membuat simpanan jangka panjang. Nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun. Lagi baik bila ia dapat disewakan dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bank yang kita bayar. Suatu hari nanti, kalau benar-benar nak pakai duit, ia dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.
.
Saya tak tahu orang lain macam mana. Tapi inilah cara berkesan untuk saya. Kesemua 3 cara di atas sebenarnya cara MENGHILANGKAN NOMBOR-NOMBOR dari kepala kita. Nombor-nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja...
.
Walaupun kewangan itu soal matematik, tapi selalunya kita kalah dengan EMOSI kita sendiri...