Memaparkan catatan dengan label tipkewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tipkewangan. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2016

Masalah kewangan

CARA KLISE NAK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA

Mengikut pandangan 2 sen saya, nak selesaikan masalah kewangan sendiri adalah satu proses.

1. Pertama sekali kita kena hadam dan terima bahawa rezeki itu milik Allah. Kita hamba Allah. Segalanya berhubungkait antara hubungan kita dengan Allah.

2. Terima hakikat bahawa masalah kewangan kita adalah masalah kita sendiri. Bukan masalah orang lain. Orang lain boleh bantu bagi nasihat, bantuan dan sebagainya tetapi cuma kita sendiri yang boleh selesaikannya. Jangan harap orang lain selesaikan masalah kewangan kita.

3. Tingkatkan ilmu kewangan diri. Klisekan?

a. Baca buku-buku kewangan daripada penulis buku kewangan yang 'proven' seperti Robert Kiyosaki atau Azizi Ali. Ini adalah modal pertama. Melabur dalam perkembangan minda anda. Luaskan pengetahuan dan tanam benih-benih idea.

b. Pergi seminar. Bila pergi seminar, kita bukan sekadar dengar ceramah, dapat ilmu dan balik. Kita ada perhubungan. Kita jumpa kawan-kawan baru yang ada misi yang sama. Kita boleh berbincang dan berkongsi idea. Public Gold tiap-tiap bulan ada seminar kalau anda suka emas. Motivasi, cara berbisnes, pengetahuan mengenai emas, semua ada. Jadi penyimpan emas Public Gold saja. 😉

4. Berguru dengan mentor. Cari mentor yang sudah berjaya dan tidak lokek ilmu. Ramai diluar sana yang hebat-hebat. Cari mereka. Mungkin kena bayar, mungkin tidak. Saya beruntung kerana saya sertai Public Gold di bawah mentor Mohd Zulkifli Shafie.

5. Sabar. Masalah kewangan anda tidak akan selesai sekelip mata. Anda mungkin perlu ubah cara hidup, berkorban masa dan wang. Masa ialah kawan atau lawan anda. Fokus sehingga tercapai matlamat.

Klisekan? Masalah kewangan kita boleh selesai jika kita mahu selesaikannya. Sekadar meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial dan rakan-rakan sekeliling memang seronok.

Tetapi masalah kewangan anda tetap tidak selesai juga. Betul tak? 😉

Rabu, 31 Ogos 2016

Kaki Mas

PSIKOLOGI KAKI MAS

➡Emas naik, hati gembira dan seronok.
➡Emas turun, hati gembira dan seronok.

Kenapa?

Emas naik, kaki mas dah tahu kalau jual emas dalam tangan dah boleh buat untung.
Emas turun, kaki mas dah tahu boleh tambah pegangan emas dalam tangan dengan harga lagi murah.

Seronok memanjang. Pelaburan emas adalah paling mudah. Simpan ikut gram dan lihat ia bertambah. Simpan emas, duit tak bocor. 👍💯

Kenapa? Harga emas telah terbukti sentiasa akan naik dalam jangka masa panjang. Simpan duit dalam bank, tangan selalu gatal nak belanja. Jadi simpan emas, duit tak bocor, nilai RM makin bertambah perlahan-lahan. 😉

Seronok memanjang. 🌟

Rabu, 8 Jun 2016

Nak jual la

Tips Simpan Emas

Dah beli, nak jual mana?

Setelah menyimpan emas sekian lama, mungkin akan tiba masa di mana simpanan emas
yang ada hendak dijual.

Jual di kedai emas, mungkin harga susut nilai terlalu tinggi.
spread 15% - 25% dari harga semasa. Apa itu spread? buka link ini
http://superyrzaf.blogspot.my/2016/06/keuntungan-maksima.html

Nak jual kepada orang, kena cari pembeli yang sanggup beli. InsyaAllah ada ramai nak beli. :D

Nak mudah, jual balik kepada Public Gold.

Di Public Gold, ada jaminan beli balik di mana anda boleh jual balik emas anda di 16 cawangan atau 1 outlet di seluruh Malaysia.

Harga pon telus. Boleh tengok di laman Public Gold sendiri. Spread 5% - 8% dari harga semasa.

Atau cari dealer anda untuk bantuan.

Ini antara kelebihan memiliki jongkong emas keluaran Public Gold.

Senang beli, senang jual. Keuntungan maksima.

#publicgold #simpanemas #tipkewangan #dinar #gold