Rabu, 28 September 2011

Syam dah kawen

Sorang lagi kawan aka jiran dekat rumah aku dari kecik dah kawen.. Fam dia n fam aku agak rapat la jugak... almaklum la, membesar sekali.. heheehee...

Kenduri belah laki 24 September lepas. Actually aritu dapat 2 invitation pi open house, tp tak dapat nak pi... hehehe.. paham2 jer la... sibuk jadi tukang amik gambaq tak rasmi majlis. Aku fokus kat gambaq candid ja.. sbb gambaq lain, fotog rasmi la buat... takkan aku nak pi sibuk amik kot.. :p

Anyway, enjoy da candidas...







Syam dgn gaya padayapa... ehehehhe...




Isnin, 19 September 2011

Bila larut malam


Tgh malam ni, kui 12.30 tgh malam... Baru lepas makan ubat batuk yg bg merawat masalah batuk yg sedang melanda diri beberapa hari ini.. Sementara rasa nak tutup komputer ni, sempat lagi nak menaip... ehhehee

Last Saturday amik gambar wedding kat Lenggong. Nama pasangan ialah Fifi dan Najib. Letih jugak sebab jauh tp alhamdulillah, semua selamat. First time pegi ke destinasi wedding dgn berpandukan alat GPS. Memang accurate. PAsni tak payah risau dah kalau amik job luar kawasan, sbb dah ada alat nak tunjuk jalan.

Last job utk bulan 9. Bulan 10 masih kosong. bulan 12 pon kosong utk tahun nih.. Harap2 akan masuk job utk bulan 10 dan 12 nih.

lagi beberapa jam akan masuk kerja.. rasa sungguh tak bersemangat nak pergi kerja.. Malas pon, rezeki harus dicari. Hidup mesti diteruskan...

Rabu, 14 September 2011

I am ciwi


Ni la Afrina masa pegi majlis tunang Amalina dan Tarmizi aritu... dia pulak sibuk dok posing dan guling2 ataih pelamin tu..

La ni dah bulan 9 dah. Esok Afrina dah 1 tahun 9 bulan. Sekejap ja masa berlalu... Afrina makin cergas dan semakin banyak akai... Cakap pon dah mula pok pek pok pek... Dah paham apa orang cakap dan dah pandai cakap2 (walaupon ayat tak lengkap, tp bole faham). Sekarang dah pandai pilih baju mana nak pakai, sembang dgn org cerita dia tgk ulat la, jatuh la, main dgn org la...

Orang cakap Afrina ni agak advance perkembangan dia dan cerdik. Kembang bila org cakap macam tu... ehhehehe..

Another story, sekarang ni aku tgh pk nak naikkan harga pakej foto. Next year akan naik harga pakej. Maybe job akan kurang lepas ni (sekarang pon job tak banyak) sebab naik harga tp ntah la... Susah nak compete dari segi harga. Tp good news, akan ada pakej baru. Bad news, maybe pasni akan pencen sbb tadak job... hahahaa...

Next year akan menumpukan perhatian memperbaiki skill yg sedia ada dan tambah skill baru sperti editing. Bad news, maybe next year tadak gadjet baru, cuma guna yg sedia ada dan maintenance. Gadjet baru mahai dan nak pi kelas fotografi yg berkualiti pon mahai. Kena cari balance la...

Tahun ni baru balik modai setelah dekat 3 tahun buat wedding. Duit pon ntah kemana pi.. ehhehehe... So tak mau invest lagi dekat equipment. Utk pembaikan skill, maybe akan buat banyak tagging dgn fotog hebat yg sudi kongsi ilmu.

Ahh... dah lewat... tido lagi baik... :D

Musbahiyah dan Daniel


More at my official website.

Kalau rajin, tekan la butang 'like' kat situ... website tu perlukan lebih banyak 'like'... heheheeehheee...

Lewat dah nih.. skang dah pukui 1 pagi lebih... mengantuk dah...

Khamis, 8 September 2011

Lepas raya

Adoi jem....

Jem sbb apa? sbb kena pi kerja... rasa malas dan tadak mood langsung nak pi kerja... Aku rasa tahun ni la mood nak pi kerja yang paling low sekali.. Maybe sbb masa cuti raya tu, sibuk yg amat sampai tak sempat nak rest dan buat aktiviti yg berfaedah macam basuh kereta, update blog, dan aktiviti yg teringin nak buat masa cuti...

Yang jadi, start dari raya 1st sampai last day of cuti raya, sibuk dgn aktiviti melawat sanak saudara, amik gambar tunang, jupe kawan2 (aktiviti sihat dan berfaedah sebenarnya semua ni). Yang tadak maybe aktiviti utk diri sendiri. Yg tu yg buat rasa penat n tidak bermaya kot.. tadak aktiviti utk diri sendiri..


Gambar di atas ialah 2 pupu Afrina. Nama dia Amalina dan tunang dia nama Tarmizi. Dasatkan? Afrina dah ada 2 pupu....

Raya tahun ni Afrina kutip duit raya. Yes! bole tahan jugak. Nanti masuk dalam akaun tabung aji yer sayang.. Kena belajar menabung dari kecik. Jgn boros. Duit bukan senang nak dapat tp senang nak dihabiskan. heehehe...