Sabtu, 31 Disember 2011

Last post... Goodbye...

Malam ni malam terakhir utk aku post apa2 kat website aku nih... utk tahun 2011...
Apa yang berlaku tahun 2011? Macam2... tp tahun ni adalah tahun yg paling aku tertekan rasanya... especially at work... Tahun yang penuh cabaran. Tapi yang pasti, banyak kejadian yang jadi kat aku yang menunjukkan kebesaran Allah.

Tahun ni jugak menandakan anak aku dah masuk umuq 2 tahun... :D






apa pon.. tak sampai sejam sahaja lagi, 2011 akan meninggalkan kita buat selamanya.. Yang tinggal hanyalah kenangan... bye 2011...

Selasa, 20 Disember 2011

Roe Dan Ijam

Actually ni wedding yg dah lama. Akad nikah pada 25 November yang lalu... mmg lama peram buat pekasam... tp dalam fesbuk aku ada...


Rasanya tadak dah job utk this year... kena tunggu next year... tp buat bakal pelanggan, next year semua pakej akan berubah yer.... Bolehla minta quoatation sekarang utk majlis tahun depan.

Sabtu, 10 Disember 2011

Edisi blog cepat...

Yer.. aku ada 2 website... satu utk suka suki dan satu utk bisness.... sekarang aku sibuk sangat sampai tak sempat update satu apa pong... jadi aku update satu dulu boleh? heheheee...

Nama pengantin Shopian Dan Zuraidah. Majlis kat Selama. Abg Ipar kepada Ayarx oren, fotographer kahwin aku dulu... ehehehee...

Rupanya Ayarx dan abg ipar dia buat kenduri serentak... Ayarx, Jurugambar dia ialah Nur Pesona dan 2nd shooter dia, Naza dari Fotologi (Naza shoot wedding aku dulu jugak). Dua2 jurugambar yg aku respek.... memang syok dpt tgk depa wat keje..

Anyway, sekeping ajer yer... sibuk2......


p/s

TQ kepada Ayarx kerana bagi peluang kpd aku shoot abg ipar dia dan bagi pinjam lense sigma 70-200 2.8 dia... heheheehe...

Selasa, 29 November 2011

Liza dan Syafie

Satu lagi update ringkas dari ladang... hehehehehe...

aku kelam kabut sket (buat2 kelam kabut)... kena start wat editing dah... client dok tonngoo.... hehehehe....

one more at my wedding page... Promosi bulan 12 masih ada. Slot masih kosong! Yer kosong. Last minute booking accepted. Hehehehe...

Haida dan Kamal

huhuhuh... sibuk bangat sekarang.... dah 2 minggu straight amik wedding masa weekend... apa pon tak sempat wat n update...

anyway, ada kot sekeping dulu...

Rabu, 16 November 2011

Cukur jambul

Cukur jambul Haikal, anak Azhan dan Faten di Parit Buntar. More di website wedding aku...

Sabtu, 12 November 2011

12.11.2011

Sekarang dah jam 1.23 pagi kalau tgk jam komputer aku nih. Gila tak tido lagi.... ntah.. aku ada masalah nak tido waktu malam. tp siang aku mengantuk especially masa kerja... hahahhahaha... Siang tadi tarikh 11.11.11. Gilak dassat...


Apa benda gamb kat ataih nih? teka sendri la... ni la yg aku buat bila aku jadik gian nak amik gambo dan kepngin nak test benda ntah apa2.. dah shoot, malas nak upload. Tp memandangkn blog dah sunyi lama sgt... aku buh jer laa... merapu pon merapu laaa....

Ramai org ada cerita best utk 11.11.11 nih.. ramai yg akad nikah arini, ada event apa2 arini... event aku... dtg kerja, buat kerja, balik kerja, tgk tv, taip blog. Langsung tak besh... dalam tak besh tu, rupanya aku manusia jugak. Dalam meniti rutin harian yg hampir sama setiap hari, tetiba something unexpected jadi.

Mak aku masuk hospital. Seminggu lebih jugak dia dok hospital seberang jaya tuh.. alhamdulillah, skang dah ok, dah kuar wad, sehari sebelum raya haji yang lepas. Dalam aku dok pi melawat mak aku kat hospital, dapat la tgk jugak org2 yg masuk hospital gomen nih... Dari pemerhatian aku, kebanyakan yg masuk ni org2 tua dan org2 kebanyakan yg tak mampu pi hospital swasta.

Walaupon org dok kutuk hospital kerajaan lembab la, tak cekap la, apa la... aku pikir, kalau tadak hospital kerajaan ni, org2 biasa ni nak cari rawatan kat mana? Aku tgk doktor2 yg jaga pesakit pon rata2 budak2 muda. Mana pi abis doktor2 yg lebih experience ek? Ada doktor yg experience, tp aku tgk macam tak berapa ramai. Ramai lagi doktor muda2 nih. Takkan abis tempoh kena ikat dgn gomen, cabut abis masuk swasta or bukak klinik sendrik? Awat jadi lagu tu ha? Takkan sebab duit sahaja kot..

Anyway, mungkin sebab budaya org kita yg suka berhutang tp tak mau bayar hutang. Mungkin tak relevant langsung teori nih tp wat da heck.... PTPTN org hutang sampai lebih RM 45 billion tp penghutang tak mau bayaq... Macam2 alasan, tp aku rasa ramai peminjam yg mampu beli Ipad, Iphone, Samsung Galaxy tab, keta import dsbgnya, tp tang bayaq hutang PTPTN, liat.

Bila suruh bayar hutang... Senyap... buat tak tau, komplen lagi... PTPTN cekik darah dsbgnya... hahahhahaa... Lantak korang la, yg pinjam dgn PTPTN tu. Cuma ingat la, hutang tetap hutang. Dgn berhutang tu hampa boleh merubah masa depan anda dgn membolehkan hampa mendapat segulung ijazah, mendapat kerja yg bagus dan seterusnya beli benda2 yg hampa nak tu.

Mungkin depa ingat duit PTPTN tu hak depa, sbb depa rakyat Malaysia, yg kononnya kerajaan korup, itu rasuah, ini rasuah, itu tak betul, ini tak betul. Komplen dan terus komplen. Malaysia nak lingkup.

Tp senyap2 swasta bagi bonus dasat2 gak kat pekerja depa, petanda ekonomi ok dan negara ditadbir dgn baik.

Ampa rasa, boleh dapat bonus ka kalau hampa duduk Greece?

Bukan nak sokong gomen sgt, tp nak kutuk pon pada2 la... Biar betul faktanya. Bukan main hentam keromok tak tentu pasal. Fakta pon kena lengkap, bukan amik separuh, tgl separuh... Asal baca blog ja, percaya bulat2. Fakta sebenar tak cari. PAstu maki hamun sana sini. Pastu bagitau kawan2, pastu sama2 kutuk, umpat keji sana sini, sampai puas hati. Habis dosa, mengumpat, memfitnah dan sewaktu dengannya hampa sapu bersih.

Bila nak berkat dan dapat hidayah kalau itu kerjanya setiap hari? Patut la liat ja nak bayar hutang... hahaha...

Sekian, banyak jugak aku merepek harini.... Lepas geram nak bloging kot...

Sabtu, 22 Oktober 2011

Promosi Disember 2011

PROMOSI DISEMBER 2011

Jadi pada bulan Disember ini, aku buat satu promosi last before tukaq pakej next year. Slot still available banyak! hehehe.. Boleh la tolong bagitau kekawan mana2 yang nak kahwin bulan 12 nih...

Rabu, 5 Oktober 2011

Afrina makin bam bam

Ni gambar2 Afrina masa pi makan mee udang kat ban pecah aritu... ntah brapa kali dah pi situ.. mee udang situ ok la.. dgn harga RM 5 sepinggan.. udangnya memang manis dan fresh..

Skang dah kui 12 lebih.. ntah pesaipa, aku suka update blog time2 tgh malam buta macam nih... esok keje, mesti pi opis rasa macam zombie.. buat kerja zombie... dan akhir sekali aku pon jadi macam zombie.. hahahahaha...




Rabu, 28 September 2011

Syam dah kawen

Sorang lagi kawan aka jiran dekat rumah aku dari kecik dah kawen.. Fam dia n fam aku agak rapat la jugak... almaklum la, membesar sekali.. heheehee...

Kenduri belah laki 24 September lepas. Actually aritu dapat 2 invitation pi open house, tp tak dapat nak pi... hehehe.. paham2 jer la... sibuk jadi tukang amik gambaq tak rasmi majlis. Aku fokus kat gambaq candid ja.. sbb gambaq lain, fotog rasmi la buat... takkan aku nak pi sibuk amik kot.. :p

Anyway, enjoy da candidas...







Syam dgn gaya padayapa... ehehehhe...




Isnin, 19 September 2011

Bila larut malam


Tgh malam ni, kui 12.30 tgh malam... Baru lepas makan ubat batuk yg bg merawat masalah batuk yg sedang melanda diri beberapa hari ini.. Sementara rasa nak tutup komputer ni, sempat lagi nak menaip... ehhehee

Last Saturday amik gambar wedding kat Lenggong. Nama pasangan ialah Fifi dan Najib. Letih jugak sebab jauh tp alhamdulillah, semua selamat. First time pegi ke destinasi wedding dgn berpandukan alat GPS. Memang accurate. PAsni tak payah risau dah kalau amik job luar kawasan, sbb dah ada alat nak tunjuk jalan.

Last job utk bulan 9. Bulan 10 masih kosong. bulan 12 pon kosong utk tahun nih.. Harap2 akan masuk job utk bulan 10 dan 12 nih.

lagi beberapa jam akan masuk kerja.. rasa sungguh tak bersemangat nak pergi kerja.. Malas pon, rezeki harus dicari. Hidup mesti diteruskan...

Rabu, 14 September 2011

I am ciwi


Ni la Afrina masa pegi majlis tunang Amalina dan Tarmizi aritu... dia pulak sibuk dok posing dan guling2 ataih pelamin tu..

La ni dah bulan 9 dah. Esok Afrina dah 1 tahun 9 bulan. Sekejap ja masa berlalu... Afrina makin cergas dan semakin banyak akai... Cakap pon dah mula pok pek pok pek... Dah paham apa orang cakap dan dah pandai cakap2 (walaupon ayat tak lengkap, tp bole faham). Sekarang dah pandai pilih baju mana nak pakai, sembang dgn org cerita dia tgk ulat la, jatuh la, main dgn org la...

Orang cakap Afrina ni agak advance perkembangan dia dan cerdik. Kembang bila org cakap macam tu... ehhehehe..

Another story, sekarang ni aku tgh pk nak naikkan harga pakej foto. Next year akan naik harga pakej. Maybe job akan kurang lepas ni (sekarang pon job tak banyak) sebab naik harga tp ntah la... Susah nak compete dari segi harga. Tp good news, akan ada pakej baru. Bad news, maybe pasni akan pencen sbb tadak job... hahahaa...

Next year akan menumpukan perhatian memperbaiki skill yg sedia ada dan tambah skill baru sperti editing. Bad news, maybe next year tadak gadjet baru, cuma guna yg sedia ada dan maintenance. Gadjet baru mahai dan nak pi kelas fotografi yg berkualiti pon mahai. Kena cari balance la...

Tahun ni baru balik modai setelah dekat 3 tahun buat wedding. Duit pon ntah kemana pi.. ehhehehe... So tak mau invest lagi dekat equipment. Utk pembaikan skill, maybe akan buat banyak tagging dgn fotog hebat yg sudi kongsi ilmu.

Ahh... dah lewat... tido lagi baik... :D

Musbahiyah dan Daniel


More at my official website.

Kalau rajin, tekan la butang 'like' kat situ... website tu perlukan lebih banyak 'like'... heheheeehheee...

Lewat dah nih.. skang dah pukui 1 pagi lebih... mengantuk dah...

Khamis, 8 September 2011

Lepas raya

Adoi jem....

Jem sbb apa? sbb kena pi kerja... rasa malas dan tadak mood langsung nak pi kerja... Aku rasa tahun ni la mood nak pi kerja yang paling low sekali.. Maybe sbb masa cuti raya tu, sibuk yg amat sampai tak sempat nak rest dan buat aktiviti yg berfaedah macam basuh kereta, update blog, dan aktiviti yg teringin nak buat masa cuti...

Yang jadi, start dari raya 1st sampai last day of cuti raya, sibuk dgn aktiviti melawat sanak saudara, amik gambar tunang, jupe kawan2 (aktiviti sihat dan berfaedah sebenarnya semua ni). Yang tadak maybe aktiviti utk diri sendiri. Yg tu yg buat rasa penat n tidak bermaya kot.. tadak aktiviti utk diri sendiri..


Gambar di atas ialah 2 pupu Afrina. Nama dia Amalina dan tunang dia nama Tarmizi. Dasatkan? Afrina dah ada 2 pupu....

Raya tahun ni Afrina kutip duit raya. Yes! bole tahan jugak. Nanti masuk dalam akaun tabung aji yer sayang.. Kena belajar menabung dari kecik. Jgn boros. Duit bukan senang nak dapat tp senang nak dihabiskan. heehehe...

Rabu, 24 Ogos 2011

tidoq

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:

Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: " Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)".

Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:

"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau."



Inilah gaya free style anak dara aku yang comei sorang ni bila tidoq... hehheh..
Gaya tido yang senang hati, tadak apa2 nak risau sbb segala-galanya indah dan gembira sahaja..

Beshnyaaaaa.... Inilah zaman kanak2.. dulu aku pon camni... hehhehee... bayi, kanak2, remaja dan sekarang dewasa. Pasni org tua pulak... Cepat ja masa berlalu.. Bulan2 posa ni kekadang membuatkan aku berfikir, apa yg aku dah buat dgn hidup aku setakat ini. Ni persoalan dunia.. nanti di alam barzakh nanti, adohai... lagi la takut nak menjawab soalan nih... Siap kena soal lagi dengan malaikat Mungkar dan Nangkir....

Berusaha dan berdoa. Itu jer la yg aku rasa mampu utk dibuat. Berusaha menggunakan masa hidup sebaik mungkin ke jalan Allah dan berdoa agar usaha tersebut diberkati dan cukup untuk bekalan akhirat...


Selasa, 16 Ogos 2011

cerita bulan posa


Bulan posa ni memang semua orang yg berpuasa akan rasa letih termasuk aku. Malam2 ja, lena awai dan bangun sahur. Rutin harian.

Ahad lepas pi berbuka posa di Sunway Carnival bersama rakan2 PB. Syok gak. Kena bayar RM 58 satu kepala. Makanan sedap tp terasa macam kurang variety. Tp kalau diikutkan, menu memang banyak, mee kari, nasi beriani, kambing panggang (aku belasah 2 kali), kek, pencuci mulut, buah buahan, ais kacang, bubur lambok, air teh, air kopi, air tebu, air laici, lauk pauk beraneka jenis, rojak dan lain-lain. Kesimpulan, memang kenyang la..

Tapi.... ntah. Aku rasa kurang variety jugak.. maybe apa yg aku cari ialah western food! ahhahahaa... menu masa buffet ramadhan ialah sajian tempatan, aku nak cari stail western, mana ada.. hahahaha... tetiba teringin la nak makan spageti ka, kebab ka, roti dgn sup, pizza, steak.... Giler nafsu makan...

Last sabtu, aku buat spageti. Yes! Tawaq. Tp aku tetap makan dgn rakus dan Afrina pon sama. Heeheheh... Last Friday, berbuka di fish manhattan. Puas ati. Kekenyangan. Dengar cerita macam aku makan macam2 ja sepanjang Ramadhan nih... Sebenarnya, cuma 2 3 hari ja melantak. Lain2 hari tu, makan ala kadar ja.. Tak la mewah2... Tp arini aku teringin nak makan ayam golek...

Dalam aku dok sibuk cerita pasai makan ni, baru teringat, aku nak cerita benda lain sebenarnya... Yer, cerita pasai kerja aku. Department aku dah start hiring ramai org. Bulan ni ja rasanya ada 4 5 org baru dah masuk. Fresh Grad. Yg berenti pon ada la sorang. Ramai orang dah masuk fasa baru dalam alam pekerjaan diarang..

Aku bila pulak ha? :p

Jumaat, 12 Ogos 2011

Atirah si bibik



Gambar ini diambil guna Canon 40D dgn lense 50mm 1.8. Setting aperture 2.2, shutter speed 80 dan ISO 400. Guna spot metering. Sumber cahaya ialah window light, salah satu sumber cahaya kegemaran aku. Editing sedikit menggunakan freeware GIMP. Sekian penerangan yg agak skema dari aku.. hehehee...

Atirah ni anak menakan belah bini aku. Kami suka sakat dia dgn panggil bibik sampai Afrina pon panggil dia bibik... hehehehee...

Post pagi2 ni kerana aku tak pi keja arini. Yer. Aku ponteng a.k.a emergency leave. Kenapa? Babysitter tetiba inform dia tak boleh jaga Afrina harini. Jemmm... dah la laptop tinggai kat opis.. Nak suh bini cuti, dia baru ja keje setelah setahun lebih jadi surirumah sepenuh masa... Keje pon tak sampai sebulan, kang kena terminate naya jaa...

Jadi aku la kena menjadi si bibik arini.. :D

Rabu, 10 Ogos 2011

cerita cerita


Lama dah tak update blog ni. Sebulan. uhuhuh...

Tadak material nak upload walaupon macam2 aktiviti dibuat. Ntahla... kekadang rasa malas ja nak amik gambaq... Amik gambaq tu seronok, nak edit n post gambaq leceh sket..

Lagipon job wedding dah kering. bulan 11 nanti baru ada. Jadi lagi la tadak material.. jadi mengomel la sikit..

keje amik gambo kahwin ni berat sebenarnya.. nampak ja macam senang.. jurusolek pengantin pon kerja dalam masa sejam lebih ja utk solek pengantin. Kemudian dibayar rm 100-200. Baju pengantin tempah khas, ribu2 jugak harganya, kalau pakai yg butik punya pon, paling koman RM400-500. Ada pakej butik utk pengantin RM 3000-4000 utk meja makan, baju pengantin, bilik tidor, pelamin, complete set la katakan. Berbaloi ka?

Aku kata berbaloi. Kahwin sekali ja, time ni ja nak melaram pon... Time ni la nak posing2 depan kamera. Yang buat aku musykil tu, part nak hire fotog plak, ramai yg tadak budget. Ala kadar ja...

Tak kisah la kan... dah tadak budget nak hire fotog. Janji yang penting2 semua setel. Itu lebih penting dan aku setuju.

Lepas kahwin 2-3 tahun... macam kes aku... aku dah tak ingat sangat dah actually apa yg berlaku masa kenduri. Aku dah tak ingat sapa kawan yang mai, sapa tak mai, makan apa, hantaran rupa macam mana, rupa aku masa kahwin, rupa bini aku masa kahwin.. semua memory blur2.. heheheehe...

Tapi aku nasib baik... sebab apa? sbb aku hire jurugambar yg mahir. Aku lupa banyak benda, tp bila tgk album kahwin aku, baru teringat... baru tengok, ni la kawan2 yang mai kenduri aku, ni la rupa sanak saudara aku, ni la rupa aku n bini aku masa kahwin tu... aku pakai baju apa, dan benda2 kecik yang lain.. refresh balik memori..

Nanti lagi 20 tahun ka, insyaallah kalau album tu elok lagi, boleh tunjuk kat anak2 bila depa dah besaq... ni tokwan, ni tok, ni ayah masa muda, ni pak menakan mak menakan hang, ni fesyen baju kahwin zaman ayah dulu... hehehhe...

Bnayk memori tersimpan dalam album tu.. hal2 baju kahwin, makeup kahwin, pelamin, bilik tido dsbgnya tu kegunaan sehari dua ja, lepas tu tak guna dah... tp kalau ada gambar yg cantik trsimpan dalam album, kita boleh tgk balik benda2 tu sepanjang hayat, Insyaallah..

Jadi aku kira nasib baik ada album cantik yg dibuat oleh jurugambar yg mahir. Ni pada pandangan aku la.. Setengah org rasa gambaq tak penting, atau tak payah bayaq mahai2... save kos... janji ada gambaq.. Ikut suka la kan?

Tp kalau aku, aku rasa bodoh ja buat baju tempah khas, pelamin, set makan dsbgnya mahai ribu2 tp kedekut kat fotog or juruvideo. Puas sekejap ja, abis majlis, apa dapat? Gambaq kategori sampah sbb hire jurugambar bru belajaq nak amik gambaq. Jangan salahkan jurugambar yg baru belajaq tu, sbb dia baru belajaq. Sapa suruh hang pi hire dia? Bukan hang tadak duit. Duit beribu perabis kat benda2 'sementara' tu boleh. Takkan tak boleh nak hire a descent photographer?

Aku cakap ni dari pengalaman. hehehehehe... ada yg keje besaq, majlis kahwin grand, tp bab jurugambar, kedekut nak mampuih... budget ciput, tp nak itu ini, demand itu ini, komplen macam macam... compare dgn jurugambar lain... Kesimpulan, perkhidmatan kena first class, produk first class tp nak bayar low class.... WTF?

Tak tipu, memang ada orang macam ni kat dunia ni. Tp tak ramai. Pada pendapat aku, kalau ada budget, hire la fotog ikut kemampuan masing2... Dan paling penting, pilih la elok2 agar dapat fotog yg mampu berikan hasil yg dikehendaki. Jgn la expect yg bukan2..

Inilah realiti dan cabaran seorang jurugambar kahwin. Agak2nya, senang ka susah jadi jurugambaq kahwin ni? heheeheheh..

Ahad, 10 Julai 2011

Tag dengan Amir

Sekeping jer...

malas taip banyak. nak bagi idup blog ni yang lama tak berupdate.

Isnin, 27 Jun 2011

Cuti2 Pangkor

Last week pi berjalan2 melepaskan stress yang banyak tersimpan dalam diri di Pulau Pangkor.. hehehe.. Dah lama rupanya aku tak pi jejalan dan amik cuti panjang...

Cerita Pangkor bermula dengan membooking hotel Pangkor Coral Bay Resort dengan pakej 3 hari 2 malam termasuk 2 breakfast, 2 lunch dan 2 dinner. Harga Pakej, RM 460. Ok la dengan status hotel 3 bintang.

Bertolak dari Parit Buntar dalam pukul 10 pagi lebih... Sampai2, parking kereta berbayar sebanyak RM 20 untuk 2 hari, tp takda bumbung... Kemudian naik la bot... Satu tiket bot Rm 10 untuk 1 orang dewasa. Tiket ni rupanya utk pergi dan balik. Jadi jgn buang tiket tu pas sampai pulau. Aku n wife ilangkan tiket, tp nasib baik depa tak check tiket masa balik.. hehehe...

Afrina ni, gila2 excited dapat naik bot... melompat sana, jerit sini... memang excited sungguh...


Sampai2 kat sana, kami naik teksi (van). Dari jeti ke hotel depa caj RM 10. huhuhuh... Masa daftar kat kaunter, kena letak deposit Rm 100.. Aku pon tak paham kenapa kena letak deposit, padahal dah bayar dah harga pakej... Lantak la kannn...


Bilik ok la... very spacious... cuma bilik aku menghadap jalan.. so macam kurang syiok... Tp malam2 bole la lepak2 sambil tgk gelagat org dan berfikir mengenai masa depan..


Aktiviti sepanjang bercuti ialah mandi pool... hehhee... Nak mandi laut, Si Afrina plak takut. First time tgk pantai dia menjerit2 excited... Tp bila mandi laut, dia jadi takut dan ntah kenapa, naik macam bintik2 merah kat kaki... Terus tak nak mandi laut dah... tgk pantai pon fobia dan terus nangis tarik tangan ajak pi tempat lain..

Nasib baik dia tak takut mandi pool... Mula2 takut2 la.. tp dah lama berendam, tak mau kuaq plak dah... hehehehe...


Selain mandi pool, kami pi kilang kilang satay ikan... Dari hotel ke kilang ikan sate, pergi balik kena RM 25....



Itu jer la yg buat kat Pangkor tu... lepak2 ja banyak... Oh ya... masa kat Pangkor, jumpe client lama, Kamarul.. Rupanya dia jaga projek kat situ... Tq belanja kami makan.. hehehe...

Cakap pasai makan, lunch n dinner masa first day kat hotel mmg agak kureng la... tak menarik.. tp, Sabtu and Ahad, lunch n dinner dia mmg sedap.. Breakfast, no komplen, sedap sokmo dan variety...

Muka nakai Afrina semasa di Pangkor..



Total perbelanjaan, lebih kurang RM 700 ja... mmg best dan budget... hehehehe...

Khamis, 23 Jun 2011

macam2

lama tak update blog nih... bukan apa. tadak kesempatan... ada jer hal... dah la PC aku baru jer kena hantar kedai format balik last week.. abis segala benda nak kena install blik... bookmark firefox pon kena wat balik... dah la banyak link2 besh aku sbg fotog pon sekali ilang...

Banyak benda nak update... tp takpa, update satu dulu... ehhehee... job kahwin, trip ke Pangkor, ada lagi tak wat...

More at my official wedding page...

Tahniah kepada Rohana dan Hazman...

Isnin, 6 Jun 2011

Mamiya Sekor 50 mm f2- part 2

Gambar ni diambil masa tag dgn Amir Alias 4 Jun yang lepas.

Dari segi praktikal atau tidak guna lense manual ni utk shoot wedding... Aku rasa kurang praktikal. Kalau nak shoot time posing ok rasanya, cuma jgn harap nak dapat candid shot la... yg tu mmg hampes la... tak sempat nak fokus punya.

Aku test kat 400D lense ni, gambar mmg kaler semua naik naturally.. kesimpulan, mmg best siot... sharp pon sharp, nak fokus jer yg leceh sket... Tak boleh bayang kalau lense ni digunakan pada body camera full frame.... perghhhh..... mesti tangkap leleh....

Tu belum masuk bab bokeh.... Oh, I really like Mamiya Sekor punya lense.. kepingin mau sebijik nanti...

More at my official wedding page.





p/s

3 keping ni jer yg guna mamiya sekor.. yg lain kat official page guna 85 mm 1.8

Ahad, 5 Jun 2011

Mamiya Sekor 50 mm f2

Mamiya Sekor 50 mm f2. Memang lense prime lama yang memang marvellous.

Nasib baik dapat pinjam lense Redza. Lense lama yg kalau nak fokus kena guna manual sahaja. Nasib baik ada adapter best dari ebay. Dapat jugak aku try lens nih.

Disebabkan kalau nak fokus gambar kena guna manual, memang la sangat susah nak ambil gambar subjek yang bergerak. Contoh macam Afrina...

Berapa keping ja jadi tp result memang puas ati. Pagi test dekat Afrina, ptg test masa wedding.. heheehe... mmg kaler dan sharpness(kalau dapat fokus la) dia meleleh.... Bokeh dia pon.... tatahannnnnnn....




pasni nak kena carik sebijik jugak la... heeheheh...