Rabu, 10 Ogos 2011
cerita cerita
Lama dah tak update blog ni. Sebulan. uhuhuh...
Tadak material nak upload walaupon macam2 aktiviti dibuat. Ntahla... kekadang rasa malas ja nak amik gambaq... Amik gambaq tu seronok, nak edit n post gambaq leceh sket..
Lagipon job wedding dah kering. bulan 11 nanti baru ada. Jadi lagi la tadak material.. jadi mengomel la sikit..
keje amik gambo kahwin ni berat sebenarnya.. nampak ja macam senang.. jurusolek pengantin pon kerja dalam masa sejam lebih ja utk solek pengantin. Kemudian dibayar rm 100-200. Baju pengantin tempah khas, ribu2 jugak harganya, kalau pakai yg butik punya pon, paling koman RM400-500. Ada pakej butik utk pengantin RM 3000-4000 utk meja makan, baju pengantin, bilik tidor, pelamin, complete set la katakan. Berbaloi ka?
Aku kata berbaloi. Kahwin sekali ja, time ni ja nak melaram pon... Time ni la nak posing2 depan kamera. Yang buat aku musykil tu, part nak hire fotog plak, ramai yg tadak budget. Ala kadar ja...
Tak kisah la kan... dah tadak budget nak hire fotog. Janji yang penting2 semua setel. Itu lebih penting dan aku setuju.
Lepas kahwin 2-3 tahun... macam kes aku... aku dah tak ingat sangat dah actually apa yg berlaku masa kenduri. Aku dah tak ingat sapa kawan yang mai, sapa tak mai, makan apa, hantaran rupa macam mana, rupa aku masa kahwin, rupa bini aku masa kahwin.. semua memory blur2.. heheheehe...
Tapi aku nasib baik... sebab apa? sbb aku hire jurugambar yg mahir. Aku lupa banyak benda, tp bila tgk album kahwin aku, baru teringat... baru tengok, ni la kawan2 yang mai kenduri aku, ni la rupa sanak saudara aku, ni la rupa aku n bini aku masa kahwin tu... aku pakai baju apa, dan benda2 kecik yang lain.. refresh balik memori..
Nanti lagi 20 tahun ka, insyaallah kalau album tu elok lagi, boleh tunjuk kat anak2 bila depa dah besaq... ni tokwan, ni tok, ni ayah masa muda, ni pak menakan mak menakan hang, ni fesyen baju kahwin zaman ayah dulu... hehehhe...
Bnayk memori tersimpan dalam album tu.. hal2 baju kahwin, makeup kahwin, pelamin, bilik tido dsbgnya tu kegunaan sehari dua ja, lepas tu tak guna dah... tp kalau ada gambar yg cantik trsimpan dalam album, kita boleh tgk balik benda2 tu sepanjang hayat, Insyaallah..
Jadi aku kira nasib baik ada album cantik yg dibuat oleh jurugambar yg mahir. Ni pada pandangan aku la.. Setengah org rasa gambaq tak penting, atau tak payah bayaq mahai2... save kos... janji ada gambaq.. Ikut suka la kan?
Tp kalau aku, aku rasa bodoh ja buat baju tempah khas, pelamin, set makan dsbgnya mahai ribu2 tp kedekut kat fotog or juruvideo. Puas sekejap ja, abis majlis, apa dapat? Gambaq kategori sampah sbb hire jurugambar bru belajaq nak amik gambaq. Jangan salahkan jurugambar yg baru belajaq tu, sbb dia baru belajaq. Sapa suruh hang pi hire dia? Bukan hang tadak duit. Duit beribu perabis kat benda2 'sementara' tu boleh. Takkan tak boleh nak hire a descent photographer?
Aku cakap ni dari pengalaman. hehehehehe... ada yg keje besaq, majlis kahwin grand, tp bab jurugambar, kedekut nak mampuih... budget ciput, tp nak itu ini, demand itu ini, komplen macam macam... compare dgn jurugambar lain... Kesimpulan, perkhidmatan kena first class, produk first class tp nak bayar low class.... WTF?
Tak tipu, memang ada orang macam ni kat dunia ni. Tp tak ramai. Pada pendapat aku, kalau ada budget, hire la fotog ikut kemampuan masing2... Dan paling penting, pilih la elok2 agar dapat fotog yg mampu berikan hasil yg dikehendaki. Jgn la expect yg bukan2..
Inilah realiti dan cabaran seorang jurugambar kahwin. Agak2nya, senang ka susah jadi jurugambaq kahwin ni? heheeheheh..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan