Selasa, 16 Ogos 2011

cerita bulan posa


Bulan posa ni memang semua orang yg berpuasa akan rasa letih termasuk aku. Malam2 ja, lena awai dan bangun sahur. Rutin harian.

Ahad lepas pi berbuka posa di Sunway Carnival bersama rakan2 PB. Syok gak. Kena bayar RM 58 satu kepala. Makanan sedap tp terasa macam kurang variety. Tp kalau diikutkan, menu memang banyak, mee kari, nasi beriani, kambing panggang (aku belasah 2 kali), kek, pencuci mulut, buah buahan, ais kacang, bubur lambok, air teh, air kopi, air tebu, air laici, lauk pauk beraneka jenis, rojak dan lain-lain. Kesimpulan, memang kenyang la..

Tapi.... ntah. Aku rasa kurang variety jugak.. maybe apa yg aku cari ialah western food! ahhahahaa... menu masa buffet ramadhan ialah sajian tempatan, aku nak cari stail western, mana ada.. hahahaha... tetiba teringin la nak makan spageti ka, kebab ka, roti dgn sup, pizza, steak.... Giler nafsu makan...

Last sabtu, aku buat spageti. Yes! Tawaq. Tp aku tetap makan dgn rakus dan Afrina pon sama. Heeheheh... Last Friday, berbuka di fish manhattan. Puas ati. Kekenyangan. Dengar cerita macam aku makan macam2 ja sepanjang Ramadhan nih... Sebenarnya, cuma 2 3 hari ja melantak. Lain2 hari tu, makan ala kadar ja.. Tak la mewah2... Tp arini aku teringin nak makan ayam golek...

Dalam aku dok sibuk cerita pasai makan ni, baru teringat, aku nak cerita benda lain sebenarnya... Yer, cerita pasai kerja aku. Department aku dah start hiring ramai org. Bulan ni ja rasanya ada 4 5 org baru dah masuk. Fresh Grad. Yg berenti pon ada la sorang. Ramai orang dah masuk fasa baru dalam alam pekerjaan diarang..

Aku bila pulak ha? :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan