Ahad, 13 Disember 2020

End of 2020

Dah lama tak blogging.

Dengan kemunculan sosial media, blog semakin dilupakan.

Isnin, 19 Disember 2016

Persoalan Hidup

Kerja bertahun-tahun tetapi duit simpanan sebulan gaji pon tak ada. Bos makin kaya tetapi kita macam tu juga. Gaji naik tiap-tiap tahun, tapi tak pernah cukup juga.

Tanggungan banyak, banyak bil perlu bayar. Kos hidup makin tinggi. Umur pula makin meningkat. Kudrat makin kurang. Tapi hidup masih lagi di takuk lama. Hutang pon makin banyak.

Mana silapnya?

Disuruh cari pendapatan sampingan, tak sanggup. Disuruh menyimpan, tak ada lebihan nak simpan. Nak cari kerja lain, persaingan terlalu banyak.

Mana silapnya?

Perancangan. Hidup tanpa perancangan. Tak ada matlamat atau matlamat terlalu rendah.

Tak rasa rugi ka hidup bekerja mengkayakan orang lain tetapi diri sendiri sekadar cukup-cukup? Cuma harapkan KWSP di hari tua? Harapkan ibu, ayah, pasangan dan kaum keluarga? Harapkan anak-anak nak bantu kita nanti? Kenapa kita mesti redha dan terima itu sebagai nasib kita?

Kaya itu mulia, pesan mentor saya.

Kaya itu bukan matlamat hidup tetapi perjalanan itu mengkayakan kita. Tak salah kaya dan tak salah cukup-cukup saja. Tetapi kita diberi pilihan.

Buatlah pilihan, tetapkan matlamat. Rancang masa depan. Berusahalah secara istiqamah mencapainya. Akan ada masa naik dan akan ada masa turun. Jangan selesa dengan keadaan diri sekarang.

Hidup kita, tanggungjawab kita. Setiap pilihan dan tindakan kita akan mempengaruhi orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri. Berilah manfaat kepada orang lain.

Kita cuma boleh merancang dan berusaha. Selebihnya, tawakal sajalah. Bergantung haraplah pada Dia yang satu.

Tips ini bukanlah nak tunjuk pandai tetapi sekadar motivasi diri. Mungkin bermanfaat satu hari nanti. 😉

Selasa, 15 November 2016

Pendidikan kewangan

KELEBIHAN PENDIDIKAN KEWANGAN

Kehidupan kita sekarang menjadi semakin mahal kerana kenaikan cukai, hutang, inflasi dan simpanan persaraan kita. Walaupon begitu, dengan pengetahuan kewangan yang baik, kita mampu menanganinya.

Robert Kiyosaki ada merumuskan beberapa tips pendidikan kewangan untuk saya kongsikan di sini.

1. Kita harus kembangkan kemampuan kewangan kita dan bukan hidup di bawah paras kemampuan kita. Fokus kepada cara untuk meningkatkan aliran tunai yang masuk ke dalam poket kita.

2. Berusaha untuk mampu mencetak wang sendiri. Ia juga dikenali sebagai ROI iaitu pulangan ke atas pelaburan (Return On Investment)

a. kita boleh mencetak wang dalam perniagaan melalui lesen, hakcipta dan francais

b. kita boleh mencetak wang di dalam hartanah dengan menggunakan wang orang lain (pinjaman) untuk memiliki hartanah. Kemudian menyewakannya dengan kadar yang lebih tinggi daripada kos pinjaman dan pengurusan

c. kita boleh mencetak wang dengan aset kertas iaitu saham melalui jual beli saham dan "option"

d. kita boleh mencetak wang dengan emas dan perak dengan mula menyimpan emas dan perak. :)

Kita tidak perlu takut untuk melakukan kesilapan apabila mencuba tips ini. Yang penting ialah kita dapat belajar darinya dan kita menjadi lebih pintar dari sudut kewangan kerananya.

Semoga bermanfaat

gambar ehsan Google.

#jomsimpanemas #simpanemas #tipskewangan

Sabtu, 5 November 2016

Masalah kewangan

CARA KLISE NAK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA

Mengikut pandangan 2 sen saya, nak selesaikan masalah kewangan sendiri adalah satu proses.

1. Pertama sekali kita kena hadam dan terima bahawa rezeki itu milik Allah. Kita hamba Allah. Segalanya berhubungkait antara hubungan kita dengan Allah.

2. Terima hakikat bahawa masalah kewangan kita adalah masalah kita sendiri. Bukan masalah orang lain. Orang lain boleh bantu bagi nasihat, bantuan dan sebagainya tetapi cuma kita sendiri yang boleh selesaikannya. Jangan harap orang lain selesaikan masalah kewangan kita.

3. Tingkatkan ilmu kewangan diri. Klisekan?

a. Baca buku-buku kewangan daripada penulis buku kewangan yang 'proven' seperti Robert Kiyosaki atau Azizi Ali. Ini adalah modal pertama. Melabur dalam perkembangan minda anda. Luaskan pengetahuan dan tanam benih-benih idea.

b. Pergi seminar. Bila pergi seminar, kita bukan sekadar dengar ceramah, dapat ilmu dan balik. Kita ada perhubungan. Kita jumpa kawan-kawan baru yang ada misi yang sama. Kita boleh berbincang dan berkongsi idea. Public Gold tiap-tiap bulan ada seminar kalau anda suka emas. Motivasi, cara berbisnes, pengetahuan mengenai emas, semua ada. Jadi penyimpan emas Public Gold saja. 😉

4. Berguru dengan mentor. Cari mentor yang sudah berjaya dan tidak lokek ilmu. Ramai diluar sana yang hebat-hebat. Cari mereka. Mungkin kena bayar, mungkin tidak. Saya beruntung kerana saya sertai Public Gold di bawah mentor Mohd Zulkifli Shafie.

5. Sabar. Masalah kewangan anda tidak akan selesai sekelip mata. Anda mungkin perlu ubah cara hidup, berkorban masa dan wang. Masa ialah kawan atau lawan anda. Fokus sehingga tercapai matlamat.

Klisekan? Masalah kewangan kita boleh selesai jika kita mahu selesaikannya. Sekadar meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial dan rakan-rakan sekeliling memang seronok.

Tetapi masalah kewangan anda tetap tidak selesai juga. Betul tak? 😉

Sabtu, 29 Oktober 2016

Kisah Dongeng Kewangan #3

Kisah Dongeng Kewangan #3 : Dana Social Security dan Pasaran Saham.

Kebanyakan kita cuma mengetahui pendidikan akademik dan kurang pengetahuan kewangan.

Secara ringkasnya, ia seperti ini.

Pendidikan Akademik : Iaitu kemampuan untuk membaca, menulis dan mengira

Pendidikan Professional : Belajar bekerja untuk wang

Pendidikan Kewangan : Belajar bagaimana membuatkan wang bekerja untuk kita.

Pada pemerhatian saya, mereka yang pandai membuatkan wang bekerja untuk mereka ialah golongan orang kaya. ;)

Cerita Dongeng Kewangan #2

Kisah Dongeng Kewangan #2

PERGI SEKOLAH SUPAYA KAMU MENDAPAT KERJA YANG TERJAMIN

Ini bukan bermakna kita tidak perlu pergi ke sekolah dan mendapatkan pendidikan akademik tertinggi yang boleh kita capai. Pendidikan adalah sangat penting.

Pendidikan terbahagi  kepada pendidikan akademik dan pendidikan kewangan.

1. Kesimpulan mudah ialah semakin banyak jaminan yang kita cari, semakin kurang kebebasan yang kita ada.

-> Poor Dad menghargai jaminan pekerjaan

-> Rich Dad menghargai kebebasan kewangan

2. Di dalam cashflow quadrant, terdapat 4 kuadran

E - employee

S - small business (bisnes kecil atau specialist)

B - Big Business

I  - Investor

Kuadran E dan S adalah mereka yang menghargai jaminan keselamatan (kerja)

Kuadran B dan I adalah mereka yang menghargai kebebasan kewangan.

3. Kebanyakan orang berada di dalam quadran E dan S kerana mereka sangat kurang terdedah dengan pendidikan kewangan.

Soalan cepu emas, anda berada di mana? ;)

Cerita Dongeng Kewangan #1

Saya sedang membaca salah satu buku Robert Kiyosaki iaitu Conspiracy of The Rich.

Dalam bab 9, ada diceritakan sedikit mengenai kisah dongeng kewangan yang saya rasa boleh dikongsikan di sini.

Kisah Dongeng Kewangan #1

HIDUP DIBAWAH PARAS KEMAMPUAN

1. Pemikiran sebegini boleh membunuh impian kita kerana ia boleh menyebabkan kita tiada inisiatif untuk menaikkan taraf hidup kita sendiri.

2. Jika kita ingin maju, kita perlu mempunyai impian dan kita mesti berusaha mencapai impian tersebut.
-> jika hendak kaya, kita mesti berusaha menjadi kaya
-> hidup di bawah paras kemampuan bermakna kita mempunyai pemikiran dan mindset orang miskin dan itulah yang menyebabkan kita terus berada di dalam kemiskinan.

Ini menunjukkan mindset kita banyak  mempengaruhi kehidupan harian kita.

Ada 2 lagi cerita dongeng kewangan yang akan saya kongsikan. Nantikan post saya yang seterusnya. 😉