Isnin, 19 Disember 2016

Persoalan Hidup

Kerja bertahun-tahun tetapi duit simpanan sebulan gaji pon tak ada. Bos makin kaya tetapi kita macam tu juga. Gaji naik tiap-tiap tahun, tapi tak pernah cukup juga.

Tanggungan banyak, banyak bil perlu bayar. Kos hidup makin tinggi. Umur pula makin meningkat. Kudrat makin kurang. Tapi hidup masih lagi di takuk lama. Hutang pon makin banyak.

Mana silapnya?

Disuruh cari pendapatan sampingan, tak sanggup. Disuruh menyimpan, tak ada lebihan nak simpan. Nak cari kerja lain, persaingan terlalu banyak.

Mana silapnya?

Perancangan. Hidup tanpa perancangan. Tak ada matlamat atau matlamat terlalu rendah.

Tak rasa rugi ka hidup bekerja mengkayakan orang lain tetapi diri sendiri sekadar cukup-cukup? Cuma harapkan KWSP di hari tua? Harapkan ibu, ayah, pasangan dan kaum keluarga? Harapkan anak-anak nak bantu kita nanti? Kenapa kita mesti redha dan terima itu sebagai nasib kita?

Kaya itu mulia, pesan mentor saya.

Kaya itu bukan matlamat hidup tetapi perjalanan itu mengkayakan kita. Tak salah kaya dan tak salah cukup-cukup saja. Tetapi kita diberi pilihan.

Buatlah pilihan, tetapkan matlamat. Rancang masa depan. Berusahalah secara istiqamah mencapainya. Akan ada masa naik dan akan ada masa turun. Jangan selesa dengan keadaan diri sekarang.

Hidup kita, tanggungjawab kita. Setiap pilihan dan tindakan kita akan mempengaruhi orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri. Berilah manfaat kepada orang lain.

Kita cuma boleh merancang dan berusaha. Selebihnya, tawakal sajalah. Bergantung haraplah pada Dia yang satu.

Tips ini bukanlah nak tunjuk pandai tetapi sekadar motivasi diri. Mungkin bermanfaat satu hari nanti. 😉