Ni budak ciwi yg dok belajaq berdiri. Laju ja skang nak berdiri. Pantang ada benda tinggi. Nampak ja mesti nak panjat nak berdiri.
Badan ayah, ibu atau kakak semua dia bedal. Dah berdiri tangan mula la nak capai itu ini.
Sekarang dah berani lepas tangan konon dah boleh berdiri padahal kaki pon tak stabil lagi. Lepas tangan, dup jatuh. Sib baik ada orang tangkap.
Khamis, 11 Disember 2014
Belajar berdiri
Khamis, 4 Disember 2014
Disember
Sekarang dah Disember. Setahun berlalu begitu pantas. Fahim pon dah 7 bulan + dah. Afrina dah next year pi sekolah baru.
Cerita pasal Fahim....
Dia dah boleh merangkak laju. Suka memanjat dan berdiri walaupon kita yg kena pegang. Agak pemalu sket tp manja. Very independant. Curious dan sgt suka makan. Mempunyai motivasi yang sgt tinggi. Selagi tak dpt pergi or capai benda yg menarik perhatian dia, dia akan cuba sampai dpt.
Cerita kakak...
Manja lebih. Mungkin kerana jealous dgn adik. Tak suka pergi sekolah, tp bila dah pi, ok ja. Dia nak duduk rumah dgn ibu sebenarnya...
Isnin, 3 November 2014
Promosi Jurugambar Kahwin
Cuti sekolah akhir tahun dah mula dah. Mesti ramai orang yg nak mendirikan masjid dah. Segala persiapan mesti dah ready dah.
Tapi kalau tak ready lagi, ada masa lagi. Kalau tak sempat nak booking jurugambar yg berpengalaman sbb depa pon dah ada orang book, jgn risau sgt.
Saya ada lagi kosong! Siap ada promosi lagi. Promosi ini utk majlis November dan Disember 2014 saja tau. Whatapps 012 7341693 utk pertanyaan dan booking.
Tanya jer, saya tak makan orang. :-)
Selasa, 9 September 2014
Fahim dan Afrina
Alhamdulillah Fahim terus membesar. Sekarang dah pandai rebut dan pegang dengan tangan dia dah. Boleh meniarap dan pusing2. Sangat suka mengeluarkan bunyi2 macam membebel. Boleh ajak sembang kalau nak. Cuma kena faham baby talk la baru tau Fahim cakap apa. Hehehehe.
Suka main dengan kakaknya, Afrina. Pagi tadi kakaknya berjaya buai dia sampai tido. Pastu Afrina pon dok suh org ckp pelan2..Nanti adik jaga.
Alhamdulillah.
Khamis, 12 Jun 2014
Isnin, 12 Mei 2014
Dah debob
Fahim dah debob sket. Kuat menyusu. Suara pon makin kuat. Kalau tak dapat susu dia, bukan main kuat nangis dia.. Fahim ni spesies tido siang, mlm berjaga. Kesian kat ibu dgn opah dia. Hampir tiap2 mlm tak dapat tido... Kakak dia pulak, tido lena macam tadak apa masa Fahim dok menangis malam-malam.
Selasa, 29 April 2014
Muhammad Fahim
Anak lelaki pertama. Lahir pada 20 April 2014, jam 5.30 ptg di Hospital Kulim. Berat 2.9 kg. Caesarian setelah ibunya kena induce 3 kali tak jalan..
Semoga anakku ini menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.
Khamis, 3 April 2014
lunch
Lunch kat puncak mutiara. dah berapa tahun tak mai sini.. bnyk beza dari apa yg aku last remembered. Memang lagi luas dari dulu... dah macam mini resort. Kualiti makanan, so and so. Aku makan grilled lamb beriani. Agak kecewa jugak sbb portion daging kambing lebih bnyk lemak dari isi.. nasi ok la... sbb kami makan ramai so food dah agak sejuk bila aku makan... tp sapa mai lambat untung, kambing depa baru masak... meleleh air liur tgk.. nak mai lagi kot pasni.. bnyk lagi menu tak try... hehhehe..
Selasa, 1 April 2014
Kerja aku
Hahhahaa.. sebab dan musabab kenapa blog tak update, fanpage tak jalan... yer... saya main game....
Saya ambil gambar kawen... Pakej saya berpatutan.
Makanan tambahan itu hanya hiasan. Sbb aku dah lama tak amik gambo... dos disyorkan 2 kapsul sehari, tp sebijik jer la aku balun... panaih tp lama2 dah biasa... nak try 2 biji plak la pasni...
Selasa, 4 Mac 2014
Jimat Air
Sekarang musim kemarau. Pokok2 pon dah start layu, rumput kering. Cuaca panaih... Rumah kalau tadak aircond mmg jemm... Rasa nak berendam dlm swimming pool jer.. hehehe...
Isnin, 3 Mac 2014
Isnin, 24 Februari 2014
Danbo
Selalu dok nampak menatang ni org post kat internet dgn mcm2 gaya. Sekali nampak ada seller jual. Terus sambar..
Sambar dengan harapan dapat menggunakan mainan ni sebagai prop bg mengasah lagi kreativiti diri dlm fotografi.
Beli kat mana? https://m.facebook.com/DanboMalaysia
Jumaat, 21 Februari 2014
Kek birthday
Ni kek yang kami tempah untuk Afrina masa birthday dia last year. Sangat cantik. Walaupon tak dpt mkn tp aku yakin sedap sbb kek dari https://m.facebook.com/justwanacake mmg sedap sbb mmg dah besa dok mkn. Kek ni kami tak sempat mkn sbb dah abis kena makan dengan kawan2 Afrina dekat nursery.. hahhaha
Jumaat, 14 Februari 2014
Afrina dan Yasmin
Dua budak kecik. Yasmin anak jiran. Petang2 depa suka main sama2. Ada jugak kawan anak aku nih. Gambaq hp jer tp i like their expression.
Khamis, 13 Februari 2014
Cameron
Oh coti... cuti mmg best. Cameron pon best sbb sejuk ja.. musim panas dan kemarau ni mmg best lepak kat cameron... Tp lepak satja tak best. Nak lepak lama2 pakai banyak $$$ heheheh...
Khamis, 6 Februari 2014
Pakai HP jer
Editing gambar sekarang makin canggih. Gambar bawah pon pakai Hp jer edit. Amik gambo pakai hp, edit pakai hp, post kat blog internet pon pakai hp. Smart sungguh phone skang.
Sabtu, 1 Februari 2014
Testing VSCO
Saja seronok nak test android apps nih masa trip ke Cameron semalam. Kena test kat hp wifey sbb HP aku tak leh support.. mwahhahaha...
Isnin, 27 Januari 2014
aktiviti favourite
ni la kegemaran budak ni. kalau nampak ja mesti nak try seround dua. Gambar guna hp. so kualiti kurang sket.
Jumaat, 24 Januari 2014
Post test
Tgh testing app android. Disebabkan lama sgt tak update blog, nak kena buat something. Last year cuma 10 blog post. OMG!