saya budak debob! gambar yg di ambil ibu saya menggunakan kamera hpnya..
Khamis, 12 Jun 2014
Isnin, 12 Mei 2014
Dah debob
Fahim dah debob sket. Kuat menyusu. Suara pon makin kuat. Kalau tak dapat susu dia, bukan main kuat nangis dia.. Fahim ni spesies tido siang, mlm berjaga. Kesian kat ibu dgn opah dia. Hampir tiap2 mlm tak dapat tido... Kakak dia pulak, tido lena macam tadak apa masa Fahim dok menangis malam-malam.
Selasa, 29 April 2014
Muhammad Fahim
Anak lelaki pertama. Lahir pada 20 April 2014, jam 5.30 ptg di Hospital Kulim. Berat 2.9 kg. Caesarian setelah ibunya kena induce 3 kali tak jalan..
Semoga anakku ini menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.
Khamis, 3 April 2014
lunch
Lunch kat puncak mutiara. dah berapa tahun tak mai sini.. bnyk beza dari apa yg aku last remembered. Memang lagi luas dari dulu... dah macam mini resort. Kualiti makanan, so and so. Aku makan grilled lamb beriani. Agak kecewa jugak sbb portion daging kambing lebih bnyk lemak dari isi.. nasi ok la... sbb kami makan ramai so food dah agak sejuk bila aku makan... tp sapa mai lambat untung, kambing depa baru masak... meleleh air liur tgk.. nak mai lagi kot pasni.. bnyk lagi menu tak try... hehhehe..
Selasa, 1 April 2014
Kerja aku
Hahhahaa.. sebab dan musabab kenapa blog tak update, fanpage tak jalan... yer... saya main game....
Saya ambil gambar kawen... Pakej saya berpatutan.
Makanan tambahan itu hanya hiasan. Sbb aku dah lama tak amik gambo... dos disyorkan 2 kapsul sehari, tp sebijik jer la aku balun... panaih tp lama2 dah biasa... nak try 2 biji plak la pasni...
Selasa, 4 Mac 2014
Jimat Air
Sekarang musim kemarau. Pokok2 pon dah start layu, rumput kering. Cuaca panaih... Rumah kalau tadak aircond mmg jemm... Rasa nak berendam dlm swimming pool jer.. hehehe...