Isnin, 3 November 2014

Promosi Jurugambar Kahwin

Cuti sekolah akhir tahun dah mula dah. Mesti ramai orang yg nak mendirikan masjid dah. Segala persiapan mesti dah ready dah.
Tapi kalau tak ready lagi, ada masa lagi. Kalau tak sempat nak booking jurugambar yg berpengalaman sbb depa pon dah ada orang book, jgn risau sgt.
Saya ada lagi kosong! Siap ada promosi lagi. Promosi ini utk majlis November dan Disember 2014 saja tau. Whatapps 012 7341693 utk pertanyaan dan booking.
Tanya jer, saya tak makan orang. :-)

Selasa, 9 September 2014

Fahim dan Afrina

Alhamdulillah Fahim terus membesar. Sekarang dah pandai rebut dan pegang dengan tangan dia dah. Boleh meniarap dan pusing2. Sangat suka mengeluarkan bunyi2 macam membebel. Boleh ajak sembang kalau nak. Cuma kena  faham baby talk la baru tau Fahim cakap apa. Hehehehe.

Suka main dengan kakaknya, Afrina. Pagi tadi kakaknya berjaya buai dia sampai tido. Pastu Afrina pon dok suh org ckp pelan2..Nanti adik jaga.

Alhamdulillah.

Khamis, 12 Jun 2014

Fahim 53 hari

saya budak debob! gambar yg di ambil ibu saya menggunakan kamera hpnya..

Isnin, 12 Mei 2014

Dah debob

Fahim dah debob sket. Kuat menyusu. Suara pon makin kuat. Kalau tak dapat susu dia, bukan main kuat nangis dia.. Fahim ni spesies tido siang, mlm berjaga. Kesian kat ibu dgn opah dia. Hampir tiap2 mlm tak dapat tido... Kakak dia pulak, tido lena macam tadak apa masa Fahim dok menangis malam-malam.

Selasa, 29 April 2014

Muhammad Fahim

Anak lelaki pertama. Lahir pada 20 April 2014, jam 5.30 ptg di Hospital Kulim. Berat 2.9 kg. Caesarian setelah ibunya kena induce 3 kali tak jalan..
Semoga anakku ini menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 3 April 2014

lunch

Lunch kat puncak mutiara. dah berapa tahun tak mai sini.. bnyk beza dari apa yg aku last remembered. Memang lagi luas dari dulu... dah macam mini resort. Kualiti makanan, so and so. Aku makan grilled lamb beriani. Agak kecewa jugak sbb portion daging kambing lebih bnyk lemak dari isi.. nasi ok la...  sbb kami makan ramai so food dah agak sejuk bila aku makan... tp sapa mai lambat untung, kambing depa baru masak... meleleh air liur tgk.. nak mai lagi kot pasni.. bnyk lagi menu tak try... hehhehe..

Selasa, 1 April 2014

Kerja aku

Hahhahaa.. sebab dan musabab kenapa blog tak update, fanpage tak jalan... yer... saya main game....

Saya ambil gambar kawen... Pakej saya berpatutan.

Makanan tambahan itu hanya hiasan. Sbb aku dah lama tak amik gambo... dos disyorkan 2 kapsul sehari, tp sebijik jer la aku balun... panaih tp lama2 dah biasa... nak try 2 biji plak la pasni...