Isnin, 27 Disember 2010

Ranking Fotografer Naruto style


hehehe...

Aku tadak keje sebenarnya.. sebenarnya banyak, cuma letih... Selalu post aku mengenai hidup aku n wedding, rasa boring pulak.

Kali ni pasal wedding gak tp ada sedikit twist.

Disclaimer:

1. Post ini tidak bertujuan untuk menyakiti hati atau kondem or anything bersifat negatif.

2. Post ni bersifat pemerhatian aku dan apa yang aku familiar sahaja. Ramai lagi jurugambar hebat luar tu yang aku tak kenai dan tak familiar. Yang aku kenai pon ramai, cuma aku tak mau boh list panjang2.. You know who you are. I always respek your work. Kalau ada yang tak suka empunya nama dilabelkan, kasi email kat aku, cakap elok2 dan aku akan buang. Jangan Kojaq. Aku bukan nak cari pasal or anything. Saja syok2...

3. Post ni sekadar hiburan semata2.. don't take it seriously.

4. Kalau ada yang terasa or anything dgn post nih, aku memohon maaf. Aku tidak berniat jahat. Suka2 ja...

Ranking fotographer Naruto style...

Aku klasifikan kepada 6 kelas mengikut Narutoverse... heheehehe...

Jeng jeng jeng

1. Academy Student


Org yang baru beli kamera dslr, baru nak kenal kamera, baru nak tau apa tu aperture, shutter speed dll.... Kena khatam buku manual kamera dulu..

2. Rookie

Baru graduate dari Academy Student. Dah tau mengenai basic operating kamera, sudah mula belajar guna manual mode, dah mula belajar pasal komposisi, lighting dan sebagainya tp tak cekap lagi.... sudah mula berfikir nak upgrade gear... hehehehe...
Nak maju kena belajar dari kelas berikutnya...

3. Chuunin

Kategori aku la tu... hehehehehe... Dah cekap guna manual, dah start masukkkan elemen komposisi, strobist dan sewaktu dengannya dalam gambar masing2.. Ramai wedding photographer termasuk dalam kategori nih dan aku tak terkecuali. Sudah mula mencari identiti sendiri dalam gambar dan perlukan masa untuk mengembangkan ilmu dan bakat yang ada. Gear pon dah upgrade berbanding masa rookie dulu.

4. Jounin

Ni level otai orang kata. Gear complete, dah mahir gunakan element lighting, emosi, komposisi dan editing dalam gambar masing2. Sudah ada identiti sendri dan mula berjinak2 dgn teknik2 advance dalam fotografi dan editing. Sudah tahu menyampaikan konsep dan idea masing2 dalam gambar mereka. Contoh Jounin dalam bidang wedding fotography mengikut pandangan aku, kalau belah Utara ni, Nasir Zain, Naza, Deelapena dan ramai lagi. Harga depa pon bole tahan tp sgt worth it.

5. S rank

Depa ni otai satu Malaysia. Ingat Saiful Nang , ShutterSpeak cukup la. Depa nih dok kategori ni kalau sebagai wedding fotog..

6. Kage

Pro photographer yang dah bertahun2 experiance dan shoot utk commercial dan projek sendiri. dah besa menang award international local dsbgnya. Contoh Din Arshad. kalau kategori wedding, Louis Pang.

Yey! dah abis ranking Narutoverse fotographer... So kalau you guys dok survey2 tgk gambaq2 wedding ka apa ka, ingatlah kategori ni dan insyaallah you guys akan nampak perbezaannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan