Ahad, 30 Januari 2011

Family Portraiture







Family portraiture shoot ni buat kat tepi sungai kerian ja.. Pot biasa utk org Parit Buntar macam aku.. Bukan apa, dah familiar, senang nak pi, banyak tempat menarik nak shoot... Aku tak ingat berapa wedding dah aku amik gambaq kat sni.. hehehe.. ni kali ke-2 wat family portraiture kat sni..

Kali ni aku diupah oleh Nani, kakak kepada si Yana, ala, yg gambaq duduk ataih motor tu.... objektif shooting kali ni utk aku personally ialah main bokeh...

Huh... I like..... Tp aku pernah baca kat salah satu website wedding, fotography is not about bokeh. It's true. Tp aku suka jugak layan bokeh nih... Kontrol jiwa ja, jgn teracun sampai berabis ribu2 duit yg tak cukup untuk diri sendiri dan family untk beli lens yg kaw-kaw punya bokeh...

Tapi kalau ada duit terlebih, beli jer la... hehehee

Kalau yg tak tau bokeh tu apa, ala, yg blur2 kat background or foreground subjek dalam gambar tu... tu la bokeh...

Ahad, 23 Januari 2011

Promosi 2011




Dah nak habis bulan Januari dah pon, tp takpa, biar lambat asal selamat orang tua2 kata. hehehee...

Sempena tahun 2011 ni, saya membuat satu promosi pakej fotografi perkahwinan baru untuk bakal2 pengantin di luar sana.

Bagi yang membaca blog ini, bolehlah bagitau kawan2 yang sedang mencari jurugambar perkahwinan, terutama jurugambar perkahwinan Utara. :D

Sabtu, 8 Januari 2011

Post wedding


Entry pertama utk tahun 2011. Entry ini menandakan job terakhir utk tahun 2010. Pasni sibuk buat album pulak... perghhh....

Sesi ni dibuat di Botanical Garden Pulau Pinang. Nama pasangan ialah Yana dan Zul. Waktu shooting, tgh hari rembang. Mmg mencabar. Selalu sesi outdoor dibuat pada waktu ptg atau pagi ketika cahaya lembut dan matahari berada pada kedudukan yang rendah, bukan tepat atas kepala.. hehehehe....

Anyway, harap2 Yana dan Zul berpuas hati dgn output. Tempahan utk 2011 mmg sentiasa dibuka utk wedding atau family portrait. Utk tahun ni, baru 1 booking yg konpirm... So masih banyak kekosongan... hehehee...

Utk melihat senarai pakej yang saya ada, sila klik pada link ini.. Kalu nak tau lebih lanjut, hantarlah email kepada saya atau isi borang di website yang tertera di atas dan klik send.