Sabtu, 29 Oktober 2016

Kisah Dongeng Kewangan #3

Kisah Dongeng Kewangan #3 : Dana Social Security dan Pasaran Saham.

Kebanyakan kita cuma mengetahui pendidikan akademik dan kurang pengetahuan kewangan.

Secara ringkasnya, ia seperti ini.

Pendidikan Akademik : Iaitu kemampuan untuk membaca, menulis dan mengira

Pendidikan Professional : Belajar bekerja untuk wang

Pendidikan Kewangan : Belajar bagaimana membuatkan wang bekerja untuk kita.

Pada pemerhatian saya, mereka yang pandai membuatkan wang bekerja untuk mereka ialah golongan orang kaya. ;)

Cerita Dongeng Kewangan #2

Kisah Dongeng Kewangan #2

PERGI SEKOLAH SUPAYA KAMU MENDAPAT KERJA YANG TERJAMIN

Ini bukan bermakna kita tidak perlu pergi ke sekolah dan mendapatkan pendidikan akademik tertinggi yang boleh kita capai. Pendidikan adalah sangat penting.

Pendidikan terbahagi  kepada pendidikan akademik dan pendidikan kewangan.

1. Kesimpulan mudah ialah semakin banyak jaminan yang kita cari, semakin kurang kebebasan yang kita ada.

-> Poor Dad menghargai jaminan pekerjaan

-> Rich Dad menghargai kebebasan kewangan

2. Di dalam cashflow quadrant, terdapat 4 kuadran

E - employee

S - small business (bisnes kecil atau specialist)

B - Big Business

I  - Investor

Kuadran E dan S adalah mereka yang menghargai jaminan keselamatan (kerja)

Kuadran B dan I adalah mereka yang menghargai kebebasan kewangan.

3. Kebanyakan orang berada di dalam quadran E dan S kerana mereka sangat kurang terdedah dengan pendidikan kewangan.

Soalan cepu emas, anda berada di mana? ;)

Cerita Dongeng Kewangan #1

Saya sedang membaca salah satu buku Robert Kiyosaki iaitu Conspiracy of The Rich.

Dalam bab 9, ada diceritakan sedikit mengenai kisah dongeng kewangan yang saya rasa boleh dikongsikan di sini.

Kisah Dongeng Kewangan #1

HIDUP DIBAWAH PARAS KEMAMPUAN

1. Pemikiran sebegini boleh membunuh impian kita kerana ia boleh menyebabkan kita tiada inisiatif untuk menaikkan taraf hidup kita sendiri.

2. Jika kita ingin maju, kita perlu mempunyai impian dan kita mesti berusaha mencapai impian tersebut.
-> jika hendak kaya, kita mesti berusaha menjadi kaya
-> hidup di bawah paras kemampuan bermakna kita mempunyai pemikiran dan mindset orang miskin dan itulah yang menyebabkan kita terus berada di dalam kemiskinan.

Ini menunjukkan mindset kita banyak  mempengaruhi kehidupan harian kita.

Ada 2 lagi cerita dongeng kewangan yang akan saya kongsikan. Nantikan post saya yang seterusnya. 😉

Sabtu, 1 Oktober 2016

Corak pemikiran

SAVERS ARE LOOSERS!

Macam mana kita berfikir dan berkata-kata menunjukkan kita berada di golongan mana menurut pakcik Kiyosaki -> Conspiracy of the Rich

1. Golongan Miskin

- saya tidak akan menjadi kaya
- saya tidak berminat dengan wang
- kerajaan seharusnya menjaga rakyat

2. Golongan kelas menengah

- saya mempunyai kerja tetap dan bergaji tinggi
- rumah saya adalah pelaburan terbesar saya
- saya melabur di dalam portfolio dana mutual funds yang dipelbagaikan

3. Golongan kaya

- saya mencari pekerja yang baik untuk bekerja dengan saya
- saya mencari dan mahu membeli 100 unit pangsapuri yang dapat memberi aliran tunai
- strategi keluar saya ialah melalui IPO

Sekarang tanya diri sendiri, apa yang sering keluar dari mulut saya?

Baca * Like * Komen * Share * Tag * Follow