Ahad, 27 Disember 2009

Liza dan Al Hussein

Selamat Pengantin baru!

IMG_0482

Sory Liza dan Hussein, lambat sgt update blog dgn teaser gambaq kahwin hampa berdua....

Tak disengajakan..... Aku betul2 harap hampa dua puas hati dgn gambaq hampa kat slideshow tu...Bukan apa, ada banyak gambaq, aku kena pilih yg aku rasa ok utk dimasukkan dalam slideshow.. Banyak lagi gambaq lain... tapi yg tu kena tunggu album siap yer... tgk semua, tak syok pulak nanti.. hehehehe... Gambaq pon melalui minimun touch up saja... ada la 2 3 keping yg kena adjust sket WB...

Nak dijadikan cerita...

Pada malam 14 Disember yg lepas, aku dapat call dari wife aku. Dia cakap, dia nak kena operate! Emergency operation sbb tekanan darah dia terlalu tinggi, so dia kena bersalin awal. Terkejut beruk aku... Malam tu jugak aku beli tiket jam 12 tgh malam utk aku n mak aku naik bas ke KL. Sampai sana, adik ipar aku Ajib, amik kami berdua n pi terus ke dewan bersalin Hospital Putrajaya.

Sampai sana around 4.40 pagi dan setelah mundar-mandir, jam 5.40 pagi lebih baru aku bole jumpa wife aku.... Jumpa2, baby dah keluar... Dia kena masuk NICU (Nursery Intensive Care Unit). Yer la, baby baru 35 minggu, dah kena keluaq dari ibunyaaa.... Dia aku tgk lemahnya... Kena bius satu badan...

Nak dipendekkan cerita, baby dok NICU sampai 22 aribulan 12, ibunya dok dewan bersalin 2 hari, wad biasa sampai 24 aribulan 12. Sepanjang ibunya dok dewan bersalin, cuma suami (aku la) yg bole tgk dan sepanjang baby dok NICU, cuma ibu dan ayahnya saja bole masuk tgk... dan sepanjang tu la aku dok berulang-alik dari umah akak Zurina di Puchong ke Hospital Putrajaya. Stop jap jumaat n sabtu sbb aku ada job kat SP 19 Disember tu... Penatnya....

Maknya high BP, so kalau nak pi wad NICU, kena naik wheelchair, so aku la jadi drebar... hehehehe... Macam2 kenangan masa kat hospital Putrajaya tu... Tak tertaip aku. Yang penting sekarang, alhamdulillah, semua dah insyaallah selamat.

Zurina dan baby Nur Afrina sekarang dah ada kat umah mentua di Tapah, dan aku kat Parit Buntar sbb nak kena pi keja esok... hehehee....

Sabtu, 12 Disember 2009

Teaser Liza dan Hussein

One of my favourite malam semalam....

IMG_9969

Akad nikah berlangsung di Taman Kerian kat rumah pengantin pompuan malam tadi ... hehehehhe.. hapdet selalu....

Rabu, 2 Disember 2009

Hamdi & Wahida

Lovely couple I have to say... The were married on the 29th November 2009.

Cakap omputih la pulak... hehehe..

Actually now is way past my bedtime. Its 12.30 AM!

OMG!!!!

Nak kena post cepat2 n go to bed....

Ni one of my favourite shot that day.

IMG_9646

Untuk gambar2 lagi, sila lawati website rasmi aku. Hehehehe...

Sabtu, 28 November 2009

Azizi Dan Farah

Ni bukan job aku, tapi tag dgn geng fotologi, Naza dan Silmi. Riesyam pon ada gak. HAaha... saja update blog dengan cerita lama. Almaklumla, dah berkarat blog ni takder update.

Booking utk 2010 telah bermula. Bole booking dari bulan February ke atas. Untuk sebut harga atau tgk sample gambar, sila lawati web rasmi aku sebagai tukang ambil gambar..

Sample gambar penting supaya bakal pelanggan tahu setakat mana keupayaan aku sebagai tukang ambil gambar. Kalau rasa tak cantik, jgn hire. Semudah itu saja. Jangan hire tukang ambil gambar kerana murah pastu menyesal. Hire based on quality. Ingat betul-betul...

Kualiti.

e-8710e1

Jadi tgk la slideshow kat webpage rasmi tu. Kemudian bole la fikir, berbaloi ka aku hire mamat ni ambil gambar kahwin aku... kekekekeke...

Selasa, 24 November 2009

Babies

Lama gila tak update blog ni. Bukan apa.... Aku kesibukan melampau dan keletihan melampau. ye ker? Logik tak alasan nih? hahaha...

Nak bagi update, ni cerita update terbaru dari aku.... Last Ahad aku pi melawat Linda, geng aku dari PB dekat Balakong. Dia baru bersalin. Nak tgk baby n dia cemana. Baby pon takda nama lagi. Siti ja Linda suh kami panggil dulu.

E-9135e

Baby yg aku perasan, bila umur dia under sebulan, dia bole senyum2 sendiri. Tapi bila dah besar sikit, macam 3 bulan, dah tak reti dah. Nape ek? Besar sket, langsung tak de senyum2 dah.

E-9137e

Ni Amar Zaquan. Anak sedara aku yg dah umur 3-4 bulan. Makin sedap badan dia.. Dulu cemetot ja dia... So fragile.. Sekarang... tgk la sendiri... Geram aku tgk...

E-8515e

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kenangan Di Naza hotel

Lama jugak aku ambil masa nak upload gambar2 nih... saja.. malas satu hal.. hahahaha...

Gambar ni diambil pada pagi selepas dinner FMDC Utara kat Naza Hotel Penang... Pagi2 kuar, jalan2 main air tepi pantai dgn bini... sambil menghirup udara segar pagi dan menikmati keindahan pantai dan langit yg kebiru-biruan....

You Got The Picture, Right?

EIMG_7914e
EIMG_7923e
EIMG_7917e

Selasa, 27 Oktober 2009

Kursus ProFlash Taiping

25 aribulan aritu direct dari Tapah pergi ke Taiping. Tujuan dia sbb nak mai kursus proflash oleh Adhadi Mohd. Bukan maksud mai kursus ni aku jadi pro guna flash, tp aku dapat belajaq basic flash atau strobist yg semua pro fotog guna. hehehe...

Kuar duit lagi aku sbb nak belajar punya pasal. Beribu dah abis nih. Sendiri mau ingat la kan? hehehehehe... Ada sebab pesaipa fotog kahwin caj ribu2 utk pakej diarang. Tak berbaloi kalau setakat caj 3-4 ratus utk pakej sticky satu majlis sanding. Lu pikir la sendiri beb macam kata si Nabil. (aku tak minat pon dia nih). Tahun depan nak naik harga la.... hahahah... ALASANNN....

Budget yg sesuai utk pengantin kena pk utk upah fotog ialah 1500 ke atas kalau nak cover seluruh majlis, belah laki pompuan, akad nikah. Ni ikut pendapat aku la. 2000 ke 3000 dah boleh dapat fotog yg berpengalaman dan power kat utara nih. Kalau takda duit, tanya pasal pakej shoot only. Depending on the fotographer, 1K kebawah masih ada fotog yg ok yg boleh cover semua majlis laki pompuan n akad nikah kalau shoot only. Xda duit jugak? Tanya butik pengantin, ada tak pakej yg ada fotog. Tapi kualiti tak terjamin la, sbb customer xda choice nak pilih sapa nak ambik gambaq kahwin dia.

Banyak la pulak aku merepek ni. Saja luahan perasaan yg tertekan sbb tak balik modai lagi... har har har har.... Takper, aku pon banyak lagi kena belajar ambil gambar. sob... sob.. sob... (duit lagi kena kuar)... Sapa cakap jd wedding fotog bole wat duit? Mesti la boleh, tapi dengan penuh kesusahan dan rintangan. Bukan senang nak senang tawww.... Kalau bukan kerana minat, mmg tak mau aku amik gambar kahwin... heheehe...

Ok ok... kembali kepada cerita asal pasal kursus ni. Kursus Ni BEST!!! Banyak benda baru aku dapat belajar dan banyak benda yg dah tau diperkukuhkan. Tapi malangnya tgh ari hujan, so teknik shoot guna flash time tgh ari tak dapat praktis.

Sekarang aku kena banyak praktis supaya dapat kontrol cahaya dgn lebih baik. Gambar bawah ni overexpose kata sifu Adhadi (yer ada sesi support lanjutan dgn masuk forum Dunia Fotografi)

EIMG_8481e

Gambar ni dapat masa tgh try nak balance ambient dgn flash waktu malam.

EIMG_8457e

Gambar ni masa cuba nak dapatkan bokeh kat belakang tu.... Macam overexpose sket muka model kami, Hidayah.

EIMG_8466e

Percubaan Low Key B&W

EIMG_8343e

Softbox rawks!!

EIMG_8392-2e

Walaupon rasanya tak complete sbb ada session tak dapat dijalankan sbb hari ujan, kursus ni berbaloi dan best dgn harga yg ditawarkan. Rekomended by me.hehehe...