25 aribulan aritu direct dari Tapah pergi ke Taiping. Tujuan dia sbb nak mai kursus proflash oleh Adhadi Mohd. Bukan maksud mai kursus ni aku jadi pro guna flash, tp aku dapat belajaq basic flash atau strobist yg semua pro fotog guna. hehehe...
Kuar duit lagi aku sbb nak belajar punya pasal. Beribu dah abis nih. Sendiri mau ingat la kan? hehehehehe... Ada sebab pesaipa fotog kahwin caj ribu2 utk pakej diarang. Tak berbaloi kalau setakat caj 3-4 ratus utk pakej sticky satu majlis sanding. Lu pikir la sendiri beb macam kata si Nabil. (aku tak minat pon dia nih). Tahun depan nak naik harga la.... hahahah... ALASANNN....
Budget yg sesuai utk pengantin kena pk utk upah fotog ialah 1500 ke atas kalau nak cover seluruh majlis, belah laki pompuan, akad nikah. Ni ikut pendapat aku la. 2000 ke 3000 dah boleh dapat fotog yg berpengalaman dan power kat utara nih. Kalau takda duit, tanya pasal pakej shoot only. Depending on the fotographer, 1K kebawah masih ada fotog yg ok yg boleh cover semua majlis laki pompuan n akad nikah kalau shoot only. Xda duit jugak? Tanya butik pengantin, ada tak pakej yg ada fotog. Tapi kualiti tak terjamin la, sbb customer xda choice nak pilih sapa nak ambik gambaq kahwin dia.
Banyak la pulak aku merepek ni. Saja luahan perasaan yg tertekan sbb tak balik modai lagi... har har har har.... Takper, aku pon banyak lagi kena belajar ambil gambar. sob... sob.. sob... (duit lagi kena kuar)... Sapa cakap jd wedding fotog bole wat duit? Mesti la boleh, tapi dengan penuh kesusahan dan rintangan. Bukan senang nak senang tawww.... Kalau bukan kerana minat, mmg tak mau aku amik gambar kahwin... heheehe...
Ok ok... kembali kepada cerita asal pasal kursus ni. Kursus Ni BEST!!! Banyak benda baru aku dapat belajar dan banyak benda yg dah tau diperkukuhkan. Tapi malangnya tgh ari hujan, so teknik shoot guna flash time tgh ari tak dapat praktis.
Sekarang aku kena banyak praktis supaya dapat kontrol cahaya dgn lebih baik. Gambar bawah ni overexpose kata sifu Adhadi (yer ada sesi support lanjutan dgn masuk forum Dunia Fotografi)
Gambar ni dapat masa tgh try nak balance ambient dgn flash waktu malam.
Gambar ni masa cuba nak dapatkan bokeh kat belakang tu.... Macam overexpose sket muka model kami, Hidayah.
Percubaan Low Key B&W
Softbox rawks!!
Walaupon rasanya tak complete sbb ada session tak dapat dijalankan sbb hari ujan, kursus ni berbaloi dan best dgn harga yg ditawarkan. Rekomended by me.hehehe...
hai Faz, saya Mashitah (pangkat akak ni hehe) (sama kursus ari tu)...
BalasPadameh nak bagitau...cantik black and white tu. :)