Ahad, 22 Mei 2011

Aida dah kahwin!

Tahniah diucapkan kepada Aida Adilah dan pasangannya, Hoesni.

Majlis akad nikah yang serba sederhana berlangsung di rumah Aida. Aida kelihatan sungguh anggun dan Hoesni memang nampak sweet gitu..

Gambar lagi di website rasmi aku. Klik sini.

Isnin, 16 Mei 2011

Hari belia

Last saturday ada hari belia kat PB... venue seperti biasa, tepi sungai. Aku tadak keja airtu, banyak plan kena cancel last minute... jadi aku pon pi la jumpe dgn geng2 fotog kat PB...

dalam dok sembang n borak, sempat la amik beberapa keping gambar... hehehehe...

Shots taken with 40D, 85 mm 1.8 at f2.2 mostly.


Abg Din


Coco Shopul


Pak Caq Sham


Roger Kit


Al-Khalil Luqmanul Hakim


Nor Hidayah


Promosi 2011

Isnin, 9 Mei 2011

layan gambar anak



I like the tone. The rest is up to you. hehehehe...

Ahad, 8 Mei 2011

A little




Edit sket2 masa coti-coti nih...

Teknik color toning utk gambar... Boleh juga digunakan utk gambar kahwin.. hehehe...

Selasa, 26 April 2011

makan2 dekat ban pecah

Last week tak pi mana pon, dok umah ja.. so decide pi Ban pecah sbb lama dah tak pi. Pi jalan2 sambil makan2.. Mee udang mmg sedap bini aku cakap... lupa nak ambil gambar mee tu..

gambar2 di bawah dengan editing color toning.. dok umah, lepak2, sambil tgk gambar, edit la apa yg patut...


baru lepas nangis nak mandi laut



tgh syiok jalan2 atas pasir tepi pantai



ayah Afrina tgh cuba kontrol macho...



Suka upload gambar anak, bukan apa, tensen2, boring2, tgk muka anak, sejuk sket ati..

Ahad, 24 April 2011

saya budak nangis


Saya suka nangis, hari2 saya nangis. Saya nangis kerana badan aya gatal sbb ada ruam panas. Ayah saya suka ambil gambar saya masa saya nangis... tensen la ayah nih...


Tapi saya tetap sayang dengan ayah saya.. saya bangun tido ajer.. saya akan sebut 'ayah, ayah...' kemudian saya cari ibu saya nak minum susu.. hehehee...

Selasa, 19 April 2011

Awas Jerat Skim Cepat Kaya Yang Bertopengkan Skim MLM

Kita dah selalu dengar pasal skim cepat kaya, sama ada di internet atau sewaktu dgnnya...

Semoga petikan dari artikel JAKIM di bawah dapat memberi sedikit pedoman kepada kita agar jangan terlalu rakus mengejar kekayaan sekelip mata...

Pada aku, kaya cepat, nanti bankrap pon cepat... hehehee..



"Skim cepat kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antara yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash. Malah terdapat juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang modus operandinya menyerupai skim cepat kaya tetapi menggunakan label MLM untuk mengelirukan para pengguna. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjauhi sebarang pelan atau skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi (bagus) untuk dipercayai kebenarannya (too good to be true).

Ciri-ciri skim cepat kaya

1. Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2. Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3. Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4. Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
5. Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
6. Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7. Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8. Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9. Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.

Pada kebiasaannya antara ayat-ayat yang digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut:

“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”


KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".


Oleh itu, sebarang perniagaan jualan langsung (MLM) yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah bertentangan dengan bentuk perniagaan jualan langsung (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan dan dengan itu bercanggah dengan ketetapan hukum syarak.



Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dengan kerjasama:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan."