Kita dah selalu dengar pasal skim cepat kaya, sama ada di internet atau sewaktu dgnnya...
Semoga petikan dari artikel JAKIM di bawah dapat memberi sedikit pedoman kepada kita agar jangan terlalu rakus mengejar kekayaan sekelip mata...
Pada aku, kaya cepat, nanti bankrap pon cepat... hehehee..
"Skim cepat kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antara yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash. Malah terdapat juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang modus operandinya menyerupai skim cepat kaya tetapi menggunakan label MLM untuk mengelirukan para pengguna. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjauhi sebarang pelan atau skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi (bagus) untuk dipercayai kebenarannya (too good to be true).
Ciri-ciri skim cepat kaya
1. Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2. Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3. Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4. Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
5. Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
6. Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7. Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8. Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9. Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat yang digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut:
“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”
KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".
Oleh itu, sebarang perniagaan jualan langsung (MLM) yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah bertentangan dengan bentuk perniagaan jualan langsung (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan dan dengan itu bercanggah dengan ketetapan hukum syarak.
Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dengan kerjasama:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan