Khamis, 26 Februari 2009

Biar Sedikit Tetapi Halal

Hadith :

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w berdiri lalu baginda berpidato kepada orang ramai. Sabda baginda:

”Demi Allah! Tidak ada yang aku khuatirkan terhadap kamu sekelian melainkan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada kamu sebagai perhiasan dunia.” Lalu seorang lelaki bertanya:”ya Rasulullah! Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana? “ Mendengar pertanyaan itu, Rasulullah s.a.w diam seketika, kemudian baginda bertanya kembali:”Apakah yang kamu tanyakan?”Orang itu mengulangi pertanyaannya:”Adakah mungkin sesuatu yang baik mendatangkan bencana?” Jawab Rasulullah s.a.w Sesungguhnya sesuatu yang baik itu memang mendatangkan kebaikan. Tetapi apa yang kelihatan baik belum tentu selamanya baik. Rumput yang tumbuh di musim hujan, tiba-tiba dapat membunuh binatang ternak atau membinasakannya. Melainkan bagi yang memakannya hanya sampai kenyang, sesudah itu ia berhenti, lalu menghadap ke arah matahari, berak atau kencing, sesudah itu barulah dia makan kembali. Sesiapa yang mendapat harta dengan jalan halal, dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang memperolehinya dengan jalan yang tidak halal, maka contohnya seperti orang yang makan yang tidak pernah merasa kenyang.”

(Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan