Selasa, 29 September 2009

Ban Pecah

Nak taip apa ek? ntah la, tadak idea. Harini jiwa kacau sedikit. Satu persoalan yang penting sedang bermain dalam fikiran... Apa nak buat?

Lupakan sebentar permasalahan dunia.... hehehee...

Aritu pi ban pecah dengan geng2 parit buntar. Nana, zaila, pakya, mat, aku n wife. Sory la korang kalau gambar tak cantik, gambar aku besa-besa jer... muhehehehhe...

Yummy!
EIMG_7079e

Shamsul
EIMG_7066e

Zaila N Mat

EIMG_7097e

Kontrol jiwa
EIMG_7089e

My lovely wife :D
EIMG_7087e

Nana n group
EIMG_7091e

Ahad, 27 September 2009

1st raya

Lama tak update blog nih... banyak sgt nak buat raya nih.. hehehe... Adui... Arini dah ari Ahad... Malas pulak nak pi keja esok...

Banyak jugak la gambar diambil. Tapi malas nak upload. Yang tak best, family foto tak dapat ambil. Masing2 sibuk buat kerja sampai tak dapat bergambar. Raya 1st tahun ni raya kat Tapah. huhuhuhu...

Sakan jugak aku berjalan raya kali ni. Yerla, banyak umah adik beradik kena pi dengan bawak bini... hehehhee... Seminggu cuti, puas berjalan... ha.. amik ko... puas tak puas raya tahun nih.

Post gambar kanak2 riang ajer la...

1. Fireworks. Tak dirancang shot ni. Tetiba ada jiran main mercun best nih... Kelam kabut amik kamera dan peralatan. So tanpa apa2 preparation, set kamera, terus shoot. Lega, sempat jugak capture apa yg patut.

EIMG_6792e

2. I'll swallow you whole!

EIMG_6882e

3. Wanna mess with me?

EIMG_6958e

Sabtu, 19 September 2009

Self Portrait

Tadak keja memalam buta...

IMG_6786-E2

Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung yang melawati blog ini. Maaf Zahir dan Batin dari saya dan isteri jika ada terkasar bahasa dan apa-apa salah dan silap. Semoga Aidilfitri kali ini mebawa keberkatan kepada semua.

Berhati-hati di jalan raya. Ingat yang tersayang yang sedang setia mendoakan anda pulang dengan selamat.

Selasa, 8 September 2009

Seminar Pengiraan Kos Professional Fotografi Oleh SN

Petikan dari blog sifu Fotografiku, Adhadi Mohd

kepada yang berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik dalam bidang fotografi, saya anjurkan anda ikuti seminar ini. Sangat-sangatlah saya recommend. Saya tahu ramai yang fikir tak munasabah caj wedding sampai 1k, belum lagi cerita 5-6k. SN dah buktikan method yang beliau berjaya, malah method beliau bukan saja dah berjaya diguna pakai oleh team-team candidsyndrome saja, malah banyak lagi jurugambar2 dimalaysia.

Sekiranya anda tak berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik, just fikirkan ini, katakan anda beli Nikon D80 berharga 3k, dengan flash rm 800, dan card, beg.. bla bla bla, anda spent dalam 5-6k. Sekiranya anda ambil job wedding sebulan 2 kali dengan harga rm500 setiap pengantin (cover nikah dan sanding, 1 album), alhamdullilah memang la itu satu extra income, 2x sebulan dah jadi rm1k. Tolak ramadhan, bulan tanpa cuti sekolah, mungkin anda ada 7-8 bulan dengan purata 2 job sebulan. So anda dapatlah RM4000 setahun.

Pada masa tu kamera anda dah pun lusuh, flash anda pun dah tertanggal sana sini getahnya. Pada masa tu dah menjadi satu keperluan untuk menukar peralatan pula. Kalau dah income setahun cuma 4k, kos peralatan pun kita tak dapat return. Belum lagi penat lelah kita berkerja dan kos minyak dan macam2 lagi.

Anda kena beringat bahawa, sepertimana barang2 elektronik lain, kamera dan flash anda juga mudah rosak. Saya pernah rosak SB800 dan sb600 serentak kerana gerimis, mengakibatkan saya ambil gambar foto family dengan pop up flash saja. Body kamera d80 saya juga pernah tidak berfungsi, command dial tidak boleh tukar nilai shutter dan macam macam lagi masalah. Itu belum lagi lensa general zoom 17-50mm saya yang terjatuh di malam berinai sewaktu menukar lens. Saya bernasib baik selepas masalah 2 flash saya rosak, saya sentiasa membawa peralatan backup. Dan kos peralatan backup, sudah pasti 4-5k juga pada entry level.

Anda juga perlu sedar, sekiranya anda ingin membawa nilai fotografi anda ketahap baru, anda memerlukan modal untuk pelajaran, majalah, buku, internet, ini semua modal yang anda perlu kira. Belum outing-outing lagi. Dan anda juga perlu sentiasa menaiktaraf lensa anda, kalau dulu pakai kit lens saja, dapatkan lah pula 50mm 1.8, kalau kosnya 400, itupun banyak juga. Itu belum diffuser yang bermacam2.

Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama dengan anda, takut nak menaikkan rate, takut orang tak ambil kita, takut kita di cop pencekik darah… Alhamdullilah saya tak pernah dicop begitu. Kalau dulu nak lepas tembok 1k ke atas memang sukar, tapi bila dapat first customer pada 1k, saya dapat keyakinan tu dan seterusnya tinggal sejarah.

Bukan team Candidsyndrome saja yang boleh meraih ribuan ringgit dari single wedding, kebanyakan photographers yang saya kenali meraih sebegitu dalam single wedding. Cuma SN cukup baik hati untuk berkongsi dengan anda.

Saya yakin, kalau anda semua berani menempuh cabaran menjadi seorang jurufoto yang berjaya… dan yakin dengan apa yang anda buat, insya allah satu hari nanti anda juga akan menikmati pendapatan yang lebih baik dari bidang fotografi ni.


Nice info kepada tukang ambil gambar dan juga kepada bakal2 pelanggan... (iklan asal Saiful Nang di sini)

EIMG_6705e

Sila kunjungi website rasmi saya sebagai tukang ambil gambar untuk melihat hasil kerja (dalam blog ni pon ada, hehehe) saya. Harga berpatutan dan masih ada kekosongan hingga akhir tahun ini! Email saya dgn budget anda.

Isnin, 7 September 2009

Memain

Bulan puasa ni memang aktiviti mengambil gambar aku dah berkurang dengan drastik sekali... Nak pegi jejalan amik gambo, tak larat... hehehhee... Nak amik gambar kahwin, mana ada kenduri bulan2 posa nih...

Kesimpulan, dok umah ajerlah.... Gunakan sahaja apa yang ada....

Atirah pon dah boring bukan?

EIMG_6706e

Aku tak ingat mana aku tgk konsep nih, menarik, so aku pon tiru... Meniru pon belajar jugak... hehehehe... Pasni, tiru la aku pulak...

EIMG_6726e

Sila kunjungi website rasmi saya sebagai tukang ambil gambar untuk melihat hasil kerja dan meminta sebut harga dari saya. Harga berpatutan dan masih ada kekosongan hingga akhir tahun ini!

Selasa, 1 September 2009

Aku boring

Sekarang jam 2.45 pagi. Aku sampai dari Tapah tadi lebih kurang jam 10.40 malam. Sampai umah, kuarkan barang semua, buka internet, layan barn buddy, layan game, buka forum, bla bla bla.... Pastu tergerak hati nak pi tgk astro sat. Jam 11.55 malam. Buka Astro, aisey... ada Iron Man la pulak... Layann....

Habis Ironman aku pi pc. hmm... konon nak tido... tapi cam malas nak tido... Aku dah tido banyak kat Tapah.. ehehhehehe.. Decided to update my good old blog...

1. Fate!

EIMG_6504-2e

2. Ada orang kena belajar mengeja balik!

EIMG_6571e

3. LOVE

EIMG_6565e

4. Sisterly love

EIMG_6618e

5. I love chicken

EIMG_6596e