Isnin, 27 Disember 2010

Ranking Fotografer Naruto style


hehehe...

Aku tadak keje sebenarnya.. sebenarnya banyak, cuma letih... Selalu post aku mengenai hidup aku n wedding, rasa boring pulak.

Kali ni pasal wedding gak tp ada sedikit twist.

Disclaimer:

1. Post ini tidak bertujuan untuk menyakiti hati atau kondem or anything bersifat negatif.

2. Post ni bersifat pemerhatian aku dan apa yang aku familiar sahaja. Ramai lagi jurugambar hebat luar tu yang aku tak kenai dan tak familiar. Yang aku kenai pon ramai, cuma aku tak mau boh list panjang2.. You know who you are. I always respek your work. Kalau ada yang tak suka empunya nama dilabelkan, kasi email kat aku, cakap elok2 dan aku akan buang. Jangan Kojaq. Aku bukan nak cari pasal or anything. Saja syok2...

3. Post ni sekadar hiburan semata2.. don't take it seriously.

4. Kalau ada yang terasa or anything dgn post nih, aku memohon maaf. Aku tidak berniat jahat. Suka2 ja...

Ranking fotographer Naruto style...

Aku klasifikan kepada 6 kelas mengikut Narutoverse... heheehehe...

Jeng jeng jeng

1. Academy Student


Org yang baru beli kamera dslr, baru nak kenal kamera, baru nak tau apa tu aperture, shutter speed dll.... Kena khatam buku manual kamera dulu..

2. Rookie

Baru graduate dari Academy Student. Dah tau mengenai basic operating kamera, sudah mula belajar guna manual mode, dah mula belajar pasal komposisi, lighting dan sebagainya tp tak cekap lagi.... sudah mula berfikir nak upgrade gear... hehehehe...
Nak maju kena belajar dari kelas berikutnya...

3. Chuunin

Kategori aku la tu... hehehehehe... Dah cekap guna manual, dah start masukkkan elemen komposisi, strobist dan sewaktu dengannya dalam gambar masing2.. Ramai wedding photographer termasuk dalam kategori nih dan aku tak terkecuali. Sudah mula mencari identiti sendiri dalam gambar dan perlukan masa untuk mengembangkan ilmu dan bakat yang ada. Gear pon dah upgrade berbanding masa rookie dulu.

4. Jounin

Ni level otai orang kata. Gear complete, dah mahir gunakan element lighting, emosi, komposisi dan editing dalam gambar masing2. Sudah ada identiti sendri dan mula berjinak2 dgn teknik2 advance dalam fotografi dan editing. Sudah tahu menyampaikan konsep dan idea masing2 dalam gambar mereka. Contoh Jounin dalam bidang wedding fotography mengikut pandangan aku, kalau belah Utara ni, Nasir Zain, Naza, Deelapena dan ramai lagi. Harga depa pon bole tahan tp sgt worth it.

5. S rank

Depa ni otai satu Malaysia. Ingat Saiful Nang , ShutterSpeak cukup la. Depa nih dok kategori ni kalau sebagai wedding fotog..

6. Kage

Pro photographer yang dah bertahun2 experiance dan shoot utk commercial dan projek sendiri. dah besa menang award international local dsbgnya. Contoh Din Arshad. kalau kategori wedding, Louis Pang.

Yey! dah abis ranking Narutoverse fotographer... So kalau you guys dok survey2 tgk gambaq2 wedding ka apa ka, ingatlah kategori ni dan insyaallah you guys akan nampak perbezaannya...

Ahad, 19 Disember 2010

Mimik muka Afrina

Tatarajah ini menunjukkan muka anak dara ciwi yang sedang buka hadiah arijadinya yang pertama. :D




Isnin, 13 Disember 2010

Nadia & Azrul



Fuhhh.... penat beb.... Tahniah kepada Nadia & Azrul dari saya. Lovely couple.

More at my official wedding blog...

Pasni boleh rest kejap seminggu. Bole la guna masa ni utk buat album, celebrate birthday anak aku, Yes, she is going to be 1 years old pada 15.12.2010 nih.. Kejap ja masa berlalu ek?

Ahad, 5 Disember 2010

Faten & Arsh


Hujan!!!

Wedding in hujan....

Tahniah kepada Faten & Arsh. More di website rasmi perkahwinan.

Selasa, 30 November 2010

Nisa & Nazri


Short update dari wedding last week. Sekarang agak sibuk.... heehhe...

Tahniah kepada Nisa dan Nazri. Semoga berbahagia sepanjang hayat.

kalau nak tgk koleksi gambar kahwin saya, sila klik.

Isnin, 29 November 2010

Light Bokeh




Nothing much to do today... Actually a lot... hehehe...

tp sebab aku pon dah letih, arini lepak2 jap... update blog... wakakkaakka...

anyway, I like light bokeh... :D

Isnin, 22 November 2010

Natasya dan Shukri

Arini memang penat. Nak jadi cerita, macam macam jadi masa shoot wedding couple nih...

1. Kesian kat couple nih, depa demam sampai kena pi cucuk doktor sehari sebelum kenduri. Masa kenduri pon demam lagi...

2. Ntah macam mana, aku sesat masa follow depa pi umah pengantin. Kereta aku kena blok dgn kereta lain, lepas kejar, depa dah hilang kat simpang mana ntah... Sian depa dan sian aku... mmg gelabah gila time tu. Tpn tak angkat (rupanya situ mmg line tak berapa clear), sib baik jupe org kg yg tau jalan ke rumah pengantin. Sampai2 depa dah bersanding dah...

Nasib baik pengantin dan family pengantin sporting... Terima kasih banyak2 la kat depa...

Anyway, more pic at my official wedding site...



Sabtu, 20 November 2010

Musim Kahwin

Dah lama rasanya blog ni tak terupdate dgn gambaq kahwin. Nak buat cemana, tak cukup popular utk dibooking memanjang. hehehee...

Anyway musim kahwin telah tiba dan alhamdulillah, ada la rezeki sedikit.

Tahniah diucapkan kepada Azizah dan Razman. Akad nikah di Alor Pongsu pada 20.10.2010.

More at my official wedding site.


Rabu, 17 November 2010

Jejalan tepi sungai

Ahad lepas tak tau nak watpa petang2, so decided to walk around tepi sungai dgn kamera..

Skang ada pertandingan landskap dekat tepi sungai kerian. Majlis daerah seluruh Perak ada buat landskap kat tepi sungai. Sempoi gak.. :D




Ahad, 14 November 2010

Cameron Trip

Balik Tapah, cuti 3 hari tak tau nak wat apa, maka dgn spontannya timbul la idea...

Jom pi Cameron Highland nak?

Maka dgn itu kami bertolaklah pada Sabtu Deepavali yang lepas ke Cameron Highland.
Kesimpulan yang dapat dibuat selepas pergi trip nih.

JANGAN PERGI CAMERON HIGHLAND SEMASA MUSIM PERAYAAN!!!

Gila Jemm!!!

Selain daripada tu, syok wooooooo.... hehehehehe....

Afrina syok dapat tido hotel, masuk2 bilik jer, letak atas katil, terus dia guling2 atas katil dengan ciwi. Masa bangun pagi, saja ja dia malas nak bangun, dok golek2, tgk org, buat muka comei dia... Baring elok, baik ja...
Kalau kat umah, jgn harap la, celik2 mata mula la mengeliat n nak mengganaz.. ehhehe..







Jumaat, 29 Oktober 2010

Sample Album design

Ni sample gambar yang aku shoot utk kids portraiture. Aku ska B & W so aku design dan edit gambar dalam B & W. Actually design ni utk album kids portraiture anak2 kawan aku, Norhafizah. Hope you like it.





Ahad, 24 Oktober 2010

Mari Layan Bokeh

Aku shoot pakai SP90 bersama dgn Amir Alias di Tasik Taiping. Terima kasih kepada beliau kerana berkongsi tips n trick dan ajak aku shoot family portraiture nih..

Layanzz...





Selasa, 19 Oktober 2010

Teaser


Sekarang ni dah lewat malam. masa utk tido, tp aku gatai nak update blog jugak.. heehhehe...

Teaser ni ditujukan khas kepada Norhafizah. hehehe...

Sekeping jer... Nanti siap album, aku kasi preview yer... :D

Push like button if you like this!

Selasa, 12 Oktober 2010

Outdoor Shoot Bersama Shah

Last Sabtu, Shah dari Indah Pandang ajak pi outdoor shoot dkt PB masa dinner raya FMDC. Aku pon apa lagi, pergi la join menembak pengantin.. hehehe..

Banyak jugak la tips n trick yg dia kongsikan. Sembang2 dgr pengalaman orang2 yang dah lama dalam bidang wedding fotography ni... Memang buka mata dan memang kena beringat selalu. hehehehe...

Thanks Shah for the invite and the tips you shared!






Isnin, 27 September 2010

Yus Dan Laila

Yus ni rupanya satu sekolah dgn aku dulu. Tp masa dia masuk, aku dah pindah ke asrama masa form 4. Patut muka macam familiar. hehehe..

Majlis berlangsung di Parit Buntar pada 25 September 2010.

Dapat upload post ni kui 12 lebih malam... penat... Esok kena keja... Sob sob sob... anyway, kalau suka tekan butang like dibawah n spread the love.... :D

More at my official wedding site.




Rabu, 22 September 2010

Jejalan tepi sungai

Tgh dok godek2 pc, terjumpa la gambaq2 nih... eh, dah siap edit... Pastu baru aku teringat... bukan aku dulu kunun2 nak update blog dgn gambaq ni ka? haw haw haw..

Aku lupa rupanya... Sib baik aku godek2... kalau tidak mmg dok terperam la gambaq ni dalam hard disk komputer aku...

Sekarang ni dah abis musim raya.. dah start masuk musim orang kahwin dah... Jadi aku pon buka la booking sapa nak hire aku sbg jurugambar kahwin depa... Jadi jangan segan, jgn malu, nak minta quotation utk kawan pon takpa. Hantarlah email atau sms minta quotation dari saya ni... heehhe.. Insyaallah saya akan reply. Slot utk sampai bulan 12 ni masih banyak yg kosong... hehehehe...

Dah kahwin? takpa, ada pakej utk kids portraiture dan post wedding yang bermula hanya dari RM 100 utk liputan selama 1 hingga 2 jam. So mari2... hehehehe...



Rabu, 15 September 2010

Raya 2010

Musim raya dah abis... Aku la kot rasa macam dah abis... Dah kena start keje balik... Sedar tak sedar, dah abis sebulan berpuasa, dah abis raya. Sekarang tgl lebih kurang 15 minggu sebelum masuk tahun baru...

WoW... Time really goes by....

At least ada gambar raya buat kenangan... hehehehe...

p/s
Butang rekomen kat bawah utk ditekan.... hehehehehe...




Selasa, 7 September 2010

Siti Soraya

Siti Soraya ni anak menakan aku atau sepupu Afrina. Umur 6 bulan tp kecik lagi sbb lahir tak cukup bulan. Sekarang dah kuat makan untuk membesar bagai johan... hehehehe...

Amik gambaq ptg tadi dgn backdrop kain hitam... saja syiok.. skang aku syiok amik gambar baby dan main black n white. Tak susah nak shoot macam ni, cuma kena pandai metering dan 'see the light' jer... Praktis makes perfect... hehehehe...

Kalau suka tekan la butang like kat bawah.. hehehe...