Isnin, 27 Jun 2016

Brexit

Haritu dunia emas sibuk bising pasal Brexit. Orang yang tak pernah amik tau pon tetiba interested. Banyak yang mula bertanya. Tp jawapan yang biasa dengar ialah tak ada duit.💸💸💸

Sebenarnya kita memang tadak duit selagi tak simpan emas. Emas tu la duit sebenarnya. Yang kertas tu, sekadar berlagak macam duit. 😤

Takpa. Kita faham. Kertas tu masih laku. Jadi kumpul la kertas tu, tukar kepada emas. Baru rasa ada duit. Hehehhehe...😝

Tadak cara lain dah. Kena paksa kumpul. Nak tunggu ada duit memang sampai sudah la jawabnya. Last skali nganga... 😢

Masalahnya dunia tak tunggu kita. Dunia tak peduli pon apa nak jadi dengan kita. 😈

TAKE ACTION NOW. 😉

Paling koman, PM saya bertanya. Tanya la soalan dulu pasal emas ni. Saya bgtau apa yang saya tau. Sharing is caring. 👼

Bukan senang nak ubah persepsi. Bagi faham dulu. Kemudian, decide la sendiri. Saya boleh guide saja. 😊

Saya tak kaya pon kalau berjaya ajak orang simpan emas berkilo2... yang kaya orang yang simpan emas tu.  Komisen saya kecik ja tau... heehhehe..
Tapi ada ka yang nak simpan berkilo-kilo? 😅

Jadi nak bertanya tak payah segan, PM atau whattapps saya 012 7341693 📲

Mohd Fazry
PG00071694
Authorised Public Gold Dealer
Malay wedding photographer

Sabtu, 25 Jun 2016

Mana lebih untung?

Mana lagi untung?

Simpan sikit-sikit dalam bank atau simpan emas sikit-sikit.

Soalan ni memang dah lama dalam benak. 😵

Saya yang baru nak belajar simpan emas pon tertanya-tanya.

Kalau dengar cakap orang jual emas, mesti depa kata simpan emas lagi untung.

Kalau dengar cakap orang saja mana boleh. Betui ka simpan emas lagi untung?

Jom kita kaji tengok.

ABC nak simpan RM 200 sebulan selama 10 tahun. Purata dividend setahun ialah 6%.

DEF nak simpan emas 1 gram sebulan selama 10 tahun.

ABC setelah 10 tahun memiliki RM 32,653 dalam akaun bank beliau.
Kiraannya ->

http://www.bankrate.com/calculators/savings/compound-savings-calculator-tool.aspx

DEF setelah 10 tahun memiliki 120 gram emas. Harga emas pada masa itu ialah :-

-> jika RM 260/gram = RM 31,200
-> jika RM 270/gram = RM 32,400
-> jika RM 280/gram = RM 33,600

Faktor penting ialah harga emas pada masa 10 tahun yang akan datang yang siapa pon tak tahu.

Tetapi jika kita bersandarkan sejarah, 2006-2016,

harga emas sudah naik hampir 3 kali ganda!

Mana lebih untung?😱

Sabtu, 18 Jun 2016

Beli Masa

Ayoooo... ini memang boleh kasi nangis wooo...

Kumpul penat2, last2 dimakan anai2... dah tak laku...

Itula nasib wang kertas... Simpan bank pon sebenarnya nilai makin kurang sebab inflasi.

-> Tp bank bagi dividen/interest la...
betul, tp tolak peratus inflasi setahun, berapa peratus ja dapat?

-> simpan duit dekat bank selamat la...
buka akaun GAP Public Gold, simpan emas pon selamat.

-> simpan kat bank boleh shopping online la...
betul, tp mulai bulan 7 ni, PG Mall akan dibuka. Situ pon boleh shopping online guna emas dalam akaun GAP ->revolusi baru untuk unlock nilai sebenar emas.

-> emas mahal la nak beli..
betul, emas mahal. Emas tak pernah murah. Tips simpan emas ialah jangan tengok nombor, tp tgk gram. Bila kita beli emas, kita sebenarnya beli masa. Kita kunci kekayaan kita pada nilai hari ini.

-> apa merepek kunci masa pulak ni? kita cakap pasal emas la.
hehehe... betul. Emas tu komoditi. Sebenarnya bila kita beli emas, kita sebenarnya buat apa yg org putih panggil hedging. Lock value. Nilai gram emas tidak akan berubah. Yang berubah ialah nilai tukaran gram emas tadi dengan wang kertas.

-> jadi apa faedahnya?
Faedahnya ialah nilai kekayaan anda tidak berubah. Pernah dengar hadis bagaimana zaman Rasullullah dahulu, 1 dinar boleh beli seekor kambing? sekarang pon 1 dinar = 1 ekor kambing. Kalau dikira dengan duit kertas, nilai seekor kambing sentiasa naik bukan?

Jadi marilah mula menyimpan emas. 😀
Mohd Fazry
PG00071694

#publicgold #simpanemas #emas #dinar #tipskewangan

Jumaat, 10 Jun 2016

Akaun emas

Panduan Simpan Emas

Akaun GAP

Apa itu GAP? Gold Accumulation Program.
-> Akaun simpanan emas yang disokong oleh emas fizikal.
-> Seperti buka akaun bank, tetapi yang disimpan emas.

Kelebihan GAP

1. MURAH. Sesuai untuk orang yang bajet kecil. Boleh beli paling sedikit 1 gram emas 24K.
-> minima buka akaun 1 gram sahaja.
-> boleh buka akaun bersama untuk anak-anak

2. Sesuai untuk orang yang hendak simpan emas tapi takut simpan secara fizikal.

3. Tidak ada yuran simpanan, tiada had masa, tiada had emas yang boleh dibeli.

4. Urusniaga 24 jam. Boleh beli dan jual balik kepada Public Gold secara 'online'.

5. Pengeluaran minima 1 gram dan tidak ada had tetapi jika baki dalam akaun kurang dari 1
gram, akaun akan dikira tidak aktif. Caj RM 50 akan dikenakan jika hendak aktifkan semula.

6. Setiap pengeluaran fizikal akan dikenakan 'Premium' yang rendah mengikut berat emas yang
dikeluarkan.
Contoh
Setiap 1 atau 5 gram    -> RM 5 caj premium (bayar tunai ketika ambil emas)
Setiap 1/2 atau 1 dinar -> RM 5 caj premium (bayar tunai ketika ambil emas)

7. Pengeluaran emas fizikal boleh dibuat di mana-mana cawangan Public Gold Di Malaysia.

8. Patuh syariah dengan syarat pembelian dibuat dengan kenaikan 1 gram.
Jika ada duit lebih dalam akaun, dinasihatkan supaya genapkan supaya cukup untuk beli
sekurang-kurangnya 1 gram.

Mohd Fazry
PG00071694

#publicgold #simpanemas #dinar #maskahwin #emas

Rabu, 8 Jun 2016

Nak jual la

Tips Simpan Emas

Dah beli, nak jual mana?

Setelah menyimpan emas sekian lama, mungkin akan tiba masa di mana simpanan emas
yang ada hendak dijual.

Jual di kedai emas, mungkin harga susut nilai terlalu tinggi.
spread 15% - 25% dari harga semasa. Apa itu spread? buka link ini
http://superyrzaf.blogspot.my/2016/06/keuntungan-maksima.html

Nak jual kepada orang, kena cari pembeli yang sanggup beli. InsyaAllah ada ramai nak beli. :D

Nak mudah, jual balik kepada Public Gold.

Di Public Gold, ada jaminan beli balik di mana anda boleh jual balik emas anda di 16 cawangan atau 1 outlet di seluruh Malaysia.

Harga pon telus. Boleh tengok di laman Public Gold sendiri. Spread 5% - 8% dari harga semasa.

Atau cari dealer anda untuk bantuan.

Ini antara kelebihan memiliki jongkong emas keluaran Public Gold.

Senang beli, senang jual. Keuntungan maksima.

#publicgold #simpanemas #tipkewangan #dinar #gold

Selasa, 7 Jun 2016

Keuntungan maksima

Panduan Menyimpan Emas

-> Pentingnya "Spread"

Apa itu spread? Spread ialah beza harga jual dan harga beli balik.
Contoh

10 gram emas LBMA 24K Public Gold 

-> PG SELL = RM 1722
-> PG BUY  = RM 1584

Maksudnya, Public Gold akan jual 10 gram emas LBMA 24K dengan harga RM 1722 kepada kita.
Kalau kita jual balik emas yang sama dekat Public Gold, Public Gold akan beli dari kita
dengan harga RM 1584.

Alamak! rugi la beli emas Public Gold macam itu! 8% drop!!!

Betul. RUGI. Sebab apa rugi? Sebab "spread". Jadi jangan beli hari ini dan jual esok hari. :D

Simpan setahun dua dahulu paling kurang kalau hendak buat simpanan.

Di sinilah spread memainkan peranan untuk memaksimakan simpanan anda.

Lagi kecil "spread" lagi cepat untung bila harga naik, lagi kurang rugi bila harga turun.

Lagi besar "spread" lagi lambat untung bila harga naik, lagi rugi bila harga turun.

Itulah rahsia "SPREAD".

Mohd Fazry
PG00071694

#publicgold #emas #simpanemas #tipemas #pelaburan #gold #duitemas #dinar

Ahad, 5 Jun 2016

Jalan Jalan


Trip ke kedai retail Public Gold di Queensbay, Pulau Pinang.
Urusniaga yang boleh dibuat di sini.
1. Beli emas atau perak keluaran Public Gold
2. Jual balik emas/perak Public Gold atau emas keluaran pengeluar lain. Rate untuk emas lain tak tanya pulak. Jadi tiada masalah nak cari siapa nak beli emas keluaran PG. Ada jaminan beli balik.
3. Boleh beli produk PG secara tunai atau kad kredit. Kad kredit kena caj extra 3%
4. Belian jongkong atau dinar/dirham sahaja. Tiada pengeluaran GAP. Pembelian tidak ada rebat kepada ahli Public Gold.
5. Tiada urusan pentadbiran Public Gold. Daftar ahli dan lain-lain tiada.
6. Boleh pegang emas fizikal. Baik staff tu bagi pegang emas 100 gram. Nak beli tak mampu. 😅
Kesimpulan, tujuan meninjau kedai retail pertama Public Gold di Queensbay berjaya. Pertama kali pegang emas 24K 100 gram pon best.
#publicgold #simpanemas