Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2016

Nak jual la

Tips Simpan Emas

Dah beli, nak jual mana?

Setelah menyimpan emas sekian lama, mungkin akan tiba masa di mana simpanan emas
yang ada hendak dijual.

Jual di kedai emas, mungkin harga susut nilai terlalu tinggi.
spread 15% - 25% dari harga semasa. Apa itu spread? buka link ini
http://superyrzaf.blogspot.my/2016/06/keuntungan-maksima.html

Nak jual kepada orang, kena cari pembeli yang sanggup beli. InsyaAllah ada ramai nak beli. :D

Nak mudah, jual balik kepada Public Gold.

Di Public Gold, ada jaminan beli balik di mana anda boleh jual balik emas anda di 16 cawangan atau 1 outlet di seluruh Malaysia.

Harga pon telus. Boleh tengok di laman Public Gold sendiri. Spread 5% - 8% dari harga semasa.

Atau cari dealer anda untuk bantuan.

Ini antara kelebihan memiliki jongkong emas keluaran Public Gold.

Senang beli, senang jual. Keuntungan maksima.

#publicgold #simpanemas #tipkewangan #dinar #gold

Selasa, 7 Jun 2016

Keuntungan maksima

Panduan Menyimpan Emas

-> Pentingnya "Spread"

Apa itu spread? Spread ialah beza harga jual dan harga beli balik.
Contoh

10 gram emas LBMA 24K Public Gold 

-> PG SELL = RM 1722
-> PG BUY  = RM 1584

Maksudnya, Public Gold akan jual 10 gram emas LBMA 24K dengan harga RM 1722 kepada kita.
Kalau kita jual balik emas yang sama dekat Public Gold, Public Gold akan beli dari kita
dengan harga RM 1584.

Alamak! rugi la beli emas Public Gold macam itu! 8% drop!!!

Betul. RUGI. Sebab apa rugi? Sebab "spread". Jadi jangan beli hari ini dan jual esok hari. :D

Simpan setahun dua dahulu paling kurang kalau hendak buat simpanan.

Di sinilah spread memainkan peranan untuk memaksimakan simpanan anda.

Lagi kecil "spread" lagi cepat untung bila harga naik, lagi kurang rugi bila harga turun.

Lagi besar "spread" lagi lambat untung bila harga naik, lagi rugi bila harga turun.

Itulah rahsia "SPREAD".

Mohd Fazry
PG00071694

#publicgold #emas #simpanemas #tipemas #pelaburan #gold #duitemas #dinar

Ahad, 5 Jun 2016

Jalan Jalan


Trip ke kedai retail Public Gold di Queensbay, Pulau Pinang.
Urusniaga yang boleh dibuat di sini.
1. Beli emas atau perak keluaran Public Gold
2. Jual balik emas/perak Public Gold atau emas keluaran pengeluar lain. Rate untuk emas lain tak tanya pulak. Jadi tiada masalah nak cari siapa nak beli emas keluaran PG. Ada jaminan beli balik.
3. Boleh beli produk PG secara tunai atau kad kredit. Kad kredit kena caj extra 3%
4. Belian jongkong atau dinar/dirham sahaja. Tiada pengeluaran GAP. Pembelian tidak ada rebat kepada ahli Public Gold.
5. Tiada urusan pentadbiran Public Gold. Daftar ahli dan lain-lain tiada.
6. Boleh pegang emas fizikal. Baik staff tu bagi pegang emas 100 gram. Nak beli tak mampu. 😅
Kesimpulan, tujuan meninjau kedai retail pertama Public Gold di Queensbay berjaya. Pertama kali pegang emas 24K 100 gram pon best.
#publicgold #simpanemas

Selasa, 24 Mei 2016

Hutang


Tips bebas hutang dari Penulis Buku "Zero Hutang"

MINDSET BEBAS HUTANG
-----------------------
.
Buat hutang tempoh lebih 10 tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik.
.
Mindset yang betul untuk bebas hutang:
.
(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.
.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.
.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
.
Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
.
Waktu tu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.
.
#motivasikewangan #zerohutang #bebaskewangan #tipskewanganperibadi