Tips bebas hutang dari Penulis Buku "Zero Hutang"
MINDSET BEBAS HUTANG
-----------------------
.
Buat hutang tempoh lebih 10 tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik.
.
Mindset yang betul untuk bebas hutang:
.
(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.
.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.
.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
.
Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
.
Waktu tu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.
.
#motivasikewangan #zerohutang #bebaskewangan #tipskewanganperibadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan