Isnin, 23 Mei 2016

Sijil akreditasi LBMA

Apa itu LBMA?

LBMA ialah singkatan bagi The London Bullion Market Association. Sebuah badan akreditasi yang bertempat di London bagi kilang penapisan/penempa emas dan perak.
Kilang penapisan/penempa emas dan perak ialah tempat dimana logam seperti emas ditulenkan mengikut ketulenan seperti 99.99% (24K) dan
ditempa dalam bentuk jongkong, syiling dan sebagainya

Apa fungsi LBMA?

Fungsi utama LBMA ialah penerbitan dan penjagaan LBMA Good Delivery Lists untuk emas dan perak.

Apa benda LBMA Good Delivery Lists itu?

Ia adalah tanda aras (benchmark standard) yang diakui dunia bagi menilai kualiti emas dan perak yang dihasilkan kilang penapisan/penempa,
ia berfungsi seperti ISO atau SIRIM tetapi untuk emas dan perak.

Jadi apa faedah sijil LBMA ni?

Faedahnya ialah jika emas yang anda beli ada akreditasi LBMA, ini bermakna anda tidak perlu risau emas yang anda beli itu emas tipu.
Kalau beli emas LBMA 24K, ini bermakna anda beli emas 24K mengikut berat yang anda beli. Bukan emas celup, emas 916 atau tembaga.
Selagi ia ada dalam seal/casing yang berkeadaan baik, insyaAllah ok.

Terasa lebih selamat dan yakin, betul tak?

#publicgold #tipspelaburanemas #simpanemas

Link

http://www.lbma.org.uk/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan