Ahad, 22 Mei 2016

Cara mengembangkan kekayaan

Tips kewangan daripada Mohd Zulkifli Shafie. Penulis Buku "Zero Hutang"

***Cara Pastikan Duit Simpanan Bertahan Lama***

Bila ada duit, godaan berbelanja sangat kuat. Bukan sahaja kalau dah ada duit, bahkan bila dapat tahu akan dapat duit (bonus), kita dah siap-siap fikir nak beli itu dan ini. Rasa PERLU beli itu, PERLU beli ini. Setiap apa yang nak dibeli, dah siap dengan alasan kukuh kenapa perlu beli itu, dan kenapa perlu beli ini. Pandai sungguh otak kita buat justifikasi...
:-)

.
Kalau trend begini berterusan, kekayaan kita susah bertahan, apatah lagi untuk berkembang.
.
Pengalaman saya, duit simpanan akan bertahan bila mana;
.
1. Tukar duit kepada EMAS. Sejak pertama kali menyimpan emas, saya belum lagi menjualnya. Setiap tahun saya pastikan ianya bertambah. Belum terfikir lagi untuk menjualnya sebab ia salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya. Saya tak tahu kenapa, rasa terlalu sayang untuk jual emas-emas itu. Mungkin sebab emas tu cantik dan memang Tuhan jadikan manusia memang sukakan emas.
.
2. Simpan duit dalam TABUNG HAJI dan 'hilangkan' bukunya. Duit simpanan sentiasa bertambah tapi nombornya tak nampak. Tak tahu berapa jumlah sebenar yang ada dalam akaun tersebut. Dan tentunya tak linkkan akaun TH dengan kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Jadi ia agak sulit untuk dikeluarkan. Kalaupun nak pakai duit, terpaksa cari duit lain...
.
3. Beli HARTANAH. Bila beli hartanah, kita sebenarnya membuat simpanan jangka panjang. Nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun. Lagi baik bila ia dapat disewakan dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bank yang kita bayar. Suatu hari nanti, kalau benar-benar nak pakai duit, ia dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.
.
Saya tak tahu orang lain macam mana. Tapi inilah cara berkesan untuk saya. Kesemua 3 cara di atas sebenarnya cara MENGHILANGKAN NOMBOR-NOMBOR dari kepala kita. Nombor-nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja...
.
Walaupun kewangan itu soal matematik, tapi selalunya kita kalah dengan EMOSI kita sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan