Isnin, 25 Julai 2016

Taktik Jiwa

9 Taktik Ghaib Mencari Kekayaan Jiwa

1⃣. Taktik Solat Dhuha

➡ Sabda Rasullullah
"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu."
➡ Boleh dikerjakan antara 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zuhur.

2⃣. Taktik Solat Tahajjud

➡ Firman Allah
"Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari walaupon sedikit daripadanya (iaitu) seperdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan." -> (surah al Muzzammil, :1-4)

3⃣. Taktik Bersedekah

➡ Bukan sekadar bersedekah dengan harta
➡ Tasbih, takbir, tahmid, tahlil serta amal makruf dan nahi mungkar juga dikira bersedekah

4⃣. Taktik Zikir

➡ Taktik paling mudah
➡ Zikir paling utama ialah " Lailahaillallah "

5⃣. Taktik Solat Hajat

➡ Umumnya dikerjakan sebanyak dua rakaat
➡ Banyak kaedah dan bacaan dalam melakukan solat hajat.

6⃣. Taktik Solat Istikharah

➡ Bukan untuk mencari jodoh sahaja
➡ Boleh dilakukan untuk meminta petunjuk untuk apa sahaja keputusan, samada kecil atau besar

7⃣. Taktik Asma'ul-Husna

➡ Seperti taktik zikir
➡ Berzikir menggunakan 99 nama Allah

8⃣. Taktik Solat Berjemaah

➡ Amalkan solat berjemaah
➡ Sebaiknya di masjid kerana setiap kali pulang dari solat berjemaah di masjid, kita membawa pulang rahmat Allah

9⃣. Taktik Membaca Al-Quran

➡ Banyak membaca Al-Quran sama ada dengan memahaminya atau tidak akan mendekatkan diri kepada Allah

Jumaat, 8 Julai 2016

Tips bagi mencapai matlamat yang diimpikan

Mentor saya Mohd Zulkifli Shafie memberi beberapa tips untuk berjaya dalam sesuatu dan di sini saya ingin berkongsi sedikit rumusan daripada tips beliau.

Di sini saya dapat kenal pasti 6 langkah utama bagi mencapai sesuatu matlamat. Saya gunakan matlamat menyimpan emas sebagai contoh. hehhehe😝

1. MEMBUAT KEPUTUSAN.
Untuk mencapai sesuatu matlamat, kita perlu membuat keputusan untuk mencapai matlamat. Kena serius dan komited dengan keputusan tersebut, kalau tidak ia cuma main-main sahaja.
Contoh:
Tahun ini aku nak simpan emas 💪

2. SETKAN MATLAMAT.
Matlamat perlu jelas dan realistik. Tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah. Lebih tinggi matlamat lagi bagus. 😉
Contoh:
Dalam masa setahun aku nak simpan 24 gram emas. 💰

3. PECAHKAN MATLAMAT MENJADI LEBIH KECIL.
Dari contoh di atas, 24 gram emas kelihatan terlalu besar dan 'mahal'😱 kerana 24 gram emas berharga RM 4584 dengan harga GAP RM 191/gram hari ini. Jadi kita kena pecahkan matlamat ini menjadi lebih kecil supaya lebih mudah dicapai dan menjadi penentu aras.
Contoh:
Simpan 2 gram emas sebulan.
2x191=RM 382

4. KONSISTEN
Untuk mencapai matlamat kita perlu konsisten/istiqamah berusaha bagi mencapainya. Dari contoh di atas, kita perlu menyediakan +-  RM 382 sebulan untuk membeli emas sebanyak 2 gram. 🏧
Contoh:
[Income - (zakat+sedekah) - simpan emas] = Baki untuk perbelanjaan

5. KEKALKAN MOTIVASI
Motivasi penting untuk mengekalkan momentum dari konsistensi kita. Ia membuatkan kita fokus dan mengelakkan kita dari putus asa. Motivasi juga membantu kita mendapat idea bagaimana hendak mencapai matlamat yang ditetapkan. 🙌
Contoh:
Follow newsfeed Mohd Fazry untuk berita terkini emas, motivasi dan tips. hehehe.. 😜
-> Yang penting ialah berada dalam suasana yang kondusif untuk mencapai matlamat anda.

6. MUHASABAH
Setelah berusaha, kita perlu menilai prestasi pencapaian kita. Buat bedah siasat kenapa kita dapat apa yang kita dapat setelah penat berusaha. 😷 Ia penting bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan strategi yang digunakan. Tidak ada istilah gagal. Yang penting kita belajar sesuatu darinya.😇
Contoh:
Target 24 gram emas, tercapai cuma 18 gram emas. Analisis:
-> Satu kejayaan kerana berjaya memiliki 18 gram emas dari 0 gram tahun lepas.😘😘😘
-> Bulan ke -6 tak simpan langsung, terlebih belanja untuk persiapan raya
-> Bulan ke -3 dan ke -10 tak simpan kerana servis kereta dan road tax/ insuran kereta.
Seterusnya kita boleh ambil analisis ini dan memikirkan cara mengatasi/mengulanginya untuk tahun hadapan pula.👌

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Terima kasih kerana sudi baca. 😎

Mohd Fazry
PG00071694
PM/WA 0127341693
Authorised Public Gold Dealer

Ahad, 3 Julai 2016

Perak sebagai ganti emas

Info komoditi

Perak

Selain emas, komoditi yang menjadi sebutan hangat sekarang ialah perak.

Kalau kita teliti graf di bawah, dalam masa sebulan, perak telah mengalami kenaikan harga sebanyak 23% ! 📈

Pulangan yang sangat tinggi dalam masa sebulan. Tetapi ini cuma baru permulaan! Harga perak dilihat masih lagi rendah dan mampu milik. Berita baik kepada penyimpan tegar. 👍

Kenapa penyimpan tegar? Ini kerana sebelum memiliki aset dalam bentuk perak, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. 📖

1. Sukar dipajak. Majoriti Ar Rahnu masih belum menerima perak untuk dipajak. Tak sesuai kalau anda perlu pakai wang segera.
2. Spread tinggi sehingga 15%.
3. Pada pendapat saya, masih sukar untuk dijual kecuali kepada Public Gold. Ini kerana pasaran perak belum meluas lagi di kalangan orang ramai.
4. Risiko turun naik tinggi. Harga perak agak 'volatile'.

Kelebihan perak. 👍

1. Berpotensi memberi pulangan yang lebih tinggi daripada emas untuk jangka masa panjang.
2. Harga perak masih murah. Ia baru 'tersedar' dari tidur yang lama dan berkemungkinan tinggi 'bangun' dengan cepat.
3. Sesuai untuk mereka yang ada duit lebih yang tidak digunakan dalam masa terdekat dan suka save and forget. (simpan untuk jangka masa panjang)
4. Keuntungan jangka masa pendek boleh digunakan untuk membeli emas pula.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca posting ini. 😘

Untuk mula menabung, boleh hubungi saya

Mohd Fazry
012 7341693
PG00071694
Authorised Public Gold Dealer

#publicgold #silver #tipskewangan #dirham