Mentor saya Mohd Zulkifli Shafie memberi beberapa tips untuk berjaya dalam sesuatu dan di sini saya ingin berkongsi sedikit rumusan daripada tips beliau.
Di sini saya dapat kenal pasti 6 langkah utama bagi mencapai sesuatu matlamat. Saya gunakan matlamat menyimpan emas sebagai contoh. hehhehe😝
1. MEMBUAT KEPUTUSAN.
Untuk mencapai sesuatu matlamat, kita perlu membuat keputusan untuk mencapai matlamat. Kena serius dan komited dengan keputusan tersebut, kalau tidak ia cuma main-main sahaja.
Contoh:
Tahun ini aku nak simpan emas 💪
2. SETKAN MATLAMAT.
Matlamat perlu jelas dan realistik. Tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah. Lebih tinggi matlamat lagi bagus. 😉
Contoh:
Dalam masa setahun aku nak simpan 24 gram emas. 💰
3. PECAHKAN MATLAMAT MENJADI LEBIH KECIL.
Dari contoh di atas, 24 gram emas kelihatan terlalu besar dan 'mahal'😱 kerana 24 gram emas berharga RM 4584 dengan harga GAP RM 191/gram hari ini. Jadi kita kena pecahkan matlamat ini menjadi lebih kecil supaya lebih mudah dicapai dan menjadi penentu aras.
Contoh:
Simpan 2 gram emas sebulan.
2x191=RM 382
4. KONSISTEN
Untuk mencapai matlamat kita perlu konsisten/istiqamah berusaha bagi mencapainya. Dari contoh di atas, kita perlu menyediakan +- RM 382 sebulan untuk membeli emas sebanyak 2 gram. 🏧
Contoh:
[Income - (zakat+sedekah) - simpan emas] = Baki untuk perbelanjaan
5. KEKALKAN MOTIVASI
Motivasi penting untuk mengekalkan momentum dari konsistensi kita. Ia membuatkan kita fokus dan mengelakkan kita dari putus asa. Motivasi juga membantu kita mendapat idea bagaimana hendak mencapai matlamat yang ditetapkan. 🙌
Contoh:
Follow newsfeed Mohd Fazry untuk berita terkini emas, motivasi dan tips. hehehe.. 😜
-> Yang penting ialah berada dalam suasana yang kondusif untuk mencapai matlamat anda.
6. MUHASABAH
Setelah berusaha, kita perlu menilai prestasi pencapaian kita. Buat bedah siasat kenapa kita dapat apa yang kita dapat setelah penat berusaha. 😷 Ia penting bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan strategi yang digunakan. Tidak ada istilah gagal. Yang penting kita belajar sesuatu darinya.😇
Contoh:
Target 24 gram emas, tercapai cuma 18 gram emas. Analisis:
-> Satu kejayaan kerana berjaya memiliki 18 gram emas dari 0 gram tahun lepas.😘😘😘
-> Bulan ke -6 tak simpan langsung, terlebih belanja untuk persiapan raya
-> Bulan ke -3 dan ke -10 tak simpan kerana servis kereta dan road tax/ insuran kereta.
Seterusnya kita boleh ambil analisis ini dan memikirkan cara mengatasi/mengulanginya untuk tahun hadapan pula.👌
Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Terima kasih kerana sudi baca. 😎
Mohd Fazry
PG00071694
PM/WA 0127341693
Authorised Public Gold Dealer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan