Isnin, 25 Julai 2016

Taktik Jiwa

9 Taktik Ghaib Mencari Kekayaan Jiwa

1⃣. Taktik Solat Dhuha

➡ Sabda Rasullullah
"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu."
➡ Boleh dikerjakan antara 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zuhur.

2⃣. Taktik Solat Tahajjud

➡ Firman Allah
"Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari walaupon sedikit daripadanya (iaitu) seperdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan." -> (surah al Muzzammil, :1-4)

3⃣. Taktik Bersedekah

➡ Bukan sekadar bersedekah dengan harta
➡ Tasbih, takbir, tahmid, tahlil serta amal makruf dan nahi mungkar juga dikira bersedekah

4⃣. Taktik Zikir

➡ Taktik paling mudah
➡ Zikir paling utama ialah " Lailahaillallah "

5⃣. Taktik Solat Hajat

➡ Umumnya dikerjakan sebanyak dua rakaat
➡ Banyak kaedah dan bacaan dalam melakukan solat hajat.

6⃣. Taktik Solat Istikharah

➡ Bukan untuk mencari jodoh sahaja
➡ Boleh dilakukan untuk meminta petunjuk untuk apa sahaja keputusan, samada kecil atau besar

7⃣. Taktik Asma'ul-Husna

➡ Seperti taktik zikir
➡ Berzikir menggunakan 99 nama Allah

8⃣. Taktik Solat Berjemaah

➡ Amalkan solat berjemaah
➡ Sebaiknya di masjid kerana setiap kali pulang dari solat berjemaah di masjid, kita membawa pulang rahmat Allah

9⃣. Taktik Membaca Al-Quran

➡ Banyak membaca Al-Quran sama ada dengan memahaminya atau tidak akan mendekatkan diri kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan