Rabu, 3 Ogos 2016

Hidup sebagai Dealer Public Gold 1

My journey so far. 🎬

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih jadi dealer Public Gold. Walaupon sekejap tetapi terasa macam dah lama. ⏰

Rasa kepala ni penuh dengan macam-macam input. Setiap hari ada saja input baru masuk. 💻
Terasa wow dahsyat. Otak bergerak. Semangat berkobar-kobar. 🔥Walaupon masih jauh perjalanan, tetapi hati dan otak dah tahu, kena kuatkan semangat 💪dan fokus 🔬. Baru boleh capai matlamat. 🎯

Cabaran utama ialah menanamkan kefahaman mengenai kepentingan emas sebagai insuran dan pelindung 🛅 kekayaan kepada 'audience'. Setakat ni 'audience' masih sejuk dan terhad. Mungkin tak ambil kisah, malas layan dan tak faham. 🙅

Namun begitu dalam senyap-senyap ada pensyarah, jurutera dan member lama yang berminat. Ada yang mula bertanya. Ada yang membeli dan ada yang bersedia membuka akaun GAP. Setakat ini yang membuka akaun GAP terdiri dari golongan professional. 👷👔
Dan yang ajaibnya, mereka semua lelaki. 😝
Yang perempuan lebih berminat membeli item emas terus.

Saya tahu 'audience' tak berminat nak baca penerangan panjang mengenai GAP, kebaikan menyimpan emas dan kaitan perkembangan semasa dengan pergerakan turun naik harga emas. 📈📉

Tetapi itulah sebahagian dari ilmu mengenai emas.📚 Itulah yang mesti terus disampaikan. Mungkin ada yang tergerak hatinya untuk bertanya dan mula menyimpan. Itulah harapan saya.🙏

Sasaran 🎯 untuk menjadi Master Dealer seperti mentor saya Mohd Zulkifli Shafie masih jauh lagi. Mungkin dalam masa 4 tahun. Mungkin lebih. Mungkin lebih cepat. 😁

Harapan hati 💖 ialah agar terus diberi kekuatan untuk terus bergerak kehadapan. Terus mendapat idea dan ilmu untuk disampaikan. Terus memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri. Terus berkembang dan bercambah akan manfaatnya. 🌱🌱🌱

Perjalanan masih jauh, dah terasa penatnya. Bukan senang nak senang. Tapi mesti terus gigih berusaha. Rezeki Allah yang bagi.💯
Mungkin bukan dari PG tetapi dari pintu yang lain. Mana kita tahu. Semua adalah perancangan Allah.

Wow. Banyak pula taip kali ini. 😝
Terima kasih la kepada yang sudi baca sampai habis perkongsian ini. 👍 Semoga memberi manfaat kepada anda.

Mohd Fazry
PG00071694
Authorised Public Gold Dealer
PM/Whattaps 012 7341693

#publicgold #myjourney

Tiada ulasan:

Catat Ulasan