Info umum bagaimana cara memajak di arrahnu✨✨✨
💥Apa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.
💥Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.
💥Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website. Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.
💥Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.
💥Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.
💥Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).
🔢Cara pengiraan untuk renew surat:
Pajakan pertama;
Nilai emas = rm10,000
Pinjaman 65% = rm6,500
Upah simpan (rm0.70 x 10,000) = rm70
Renew;
Nilai emas = rm12,000
Pinjaman 65% = rm7,800
Upah simpan (rm0.70 x 12,000) = rm84
Baki rm1,300 akan dibayar sebagai tambahan pinjaman
Tapi itu kalau harga emas naik masa kita pegi renew surat. Kalau harga emas turun? Kita kena tambah pulak baki pinjaman. Sebab tu bg yg biasa gadaikan emas di arrahnu, biasanya duit pinjaman tu xkan digunakan semua. Ada cikgu yg pernah pesan kat saya, sebaik2nya kita gunakan 10% sahaja dr pinjaman. Selebihnya, kita simpan utk tebus emas kita nnt bila kita cukup modal. Allahua'lam..
Jom simpan emas
☝️gram☝️bulan
👇
Ar-Rahnu Pos terima produk dr PUBLIC GOLD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan