Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: " Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)".
Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:
"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau."
Inilah gaya free style anak dara aku yang comei sorang ni bila tidoq... hehheh..
Gaya tido yang senang hati, tadak apa2 nak risau sbb segala-galanya indah dan gembira sahaja..
Beshnyaaaaa.... Inilah zaman kanak2.. dulu aku pon camni... hehhehee... bayi, kanak2, remaja dan sekarang dewasa. Pasni org tua pulak... Cepat ja masa berlalu.. Bulan2 posa ni kekadang membuatkan aku berfikir, apa yg aku dah buat dgn hidup aku setakat ini. Ni persoalan dunia.. nanti di alam barzakh nanti, adohai... lagi la takut nak menjawab soalan nih... Siap kena soal lagi dengan malaikat Mungkar dan Nangkir....
Berusaha dan berdoa. Itu jer la yg aku rasa mampu utk dibuat. Berusaha menggunakan masa hidup sebaik mungkin ke jalan Allah dan berdoa agar usaha tersebut diberkati dan cukup untuk bekalan akhirat...
Rabu, 24 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
cerita bulan posa
Bulan posa ni memang semua orang yg berpuasa akan rasa letih termasuk aku. Malam2 ja, lena awai dan bangun sahur. Rutin harian.
Ahad lepas pi berbuka posa di Sunway Carnival bersama rakan2 PB. Syok gak. Kena bayar RM 58 satu kepala. Makanan sedap tp terasa macam kurang variety. Tp kalau diikutkan, menu memang banyak, mee kari, nasi beriani, kambing panggang (aku belasah 2 kali), kek, pencuci mulut, buah buahan, ais kacang, bubur lambok, air teh, air kopi, air tebu, air laici, lauk pauk beraneka jenis, rojak dan lain-lain. Kesimpulan, memang kenyang la..
Tapi.... ntah. Aku rasa kurang variety jugak.. maybe apa yg aku cari ialah western food! ahhahahaa... menu masa buffet ramadhan ialah sajian tempatan, aku nak cari stail western, mana ada.. hahahaha... tetiba teringin la nak makan spageti ka, kebab ka, roti dgn sup, pizza, steak.... Giler nafsu makan...
Last sabtu, aku buat spageti. Yes! Tawaq. Tp aku tetap makan dgn rakus dan Afrina pon sama. Heeheheh... Last Friday, berbuka di fish manhattan. Puas ati. Kekenyangan. Dengar cerita macam aku makan macam2 ja sepanjang Ramadhan nih... Sebenarnya, cuma 2 3 hari ja melantak. Lain2 hari tu, makan ala kadar ja.. Tak la mewah2... Tp arini aku teringin nak makan ayam golek...
Dalam aku dok sibuk cerita pasai makan ni, baru teringat, aku nak cerita benda lain sebenarnya... Yer, cerita pasai kerja aku. Department aku dah start hiring ramai org. Bulan ni ja rasanya ada 4 5 org baru dah masuk. Fresh Grad. Yg berenti pon ada la sorang. Ramai orang dah masuk fasa baru dalam alam pekerjaan diarang..
Aku bila pulak ha? :p
Jumaat, 12 Ogos 2011
Atirah si bibik
Gambar ini diambil guna Canon 40D dgn lense 50mm 1.8. Setting aperture 2.2, shutter speed 80 dan ISO 400. Guna spot metering. Sumber cahaya ialah window light, salah satu sumber cahaya kegemaran aku. Editing sedikit menggunakan freeware GIMP. Sekian penerangan yg agak skema dari aku.. hehehee...
Atirah ni anak menakan belah bini aku. Kami suka sakat dia dgn panggil bibik sampai Afrina pon panggil dia bibik... hehehehee...
Post pagi2 ni kerana aku tak pi keja arini. Yer. Aku ponteng a.k.a emergency leave. Kenapa? Babysitter tetiba inform dia tak boleh jaga Afrina harini. Jemmm... dah la laptop tinggai kat opis.. Nak suh bini cuti, dia baru ja keje setelah setahun lebih jadi surirumah sepenuh masa... Keje pon tak sampai sebulan, kang kena terminate naya jaa...
Jadi aku la kena menjadi si bibik arini.. :D
Rabu, 10 Ogos 2011
cerita cerita
Lama dah tak update blog ni. Sebulan. uhuhuh...
Tadak material nak upload walaupon macam2 aktiviti dibuat. Ntahla... kekadang rasa malas ja nak amik gambaq... Amik gambaq tu seronok, nak edit n post gambaq leceh sket..
Lagipon job wedding dah kering. bulan 11 nanti baru ada. Jadi lagi la tadak material.. jadi mengomel la sikit..
keje amik gambo kahwin ni berat sebenarnya.. nampak ja macam senang.. jurusolek pengantin pon kerja dalam masa sejam lebih ja utk solek pengantin. Kemudian dibayar rm 100-200. Baju pengantin tempah khas, ribu2 jugak harganya, kalau pakai yg butik punya pon, paling koman RM400-500. Ada pakej butik utk pengantin RM 3000-4000 utk meja makan, baju pengantin, bilik tidor, pelamin, complete set la katakan. Berbaloi ka?
Aku kata berbaloi. Kahwin sekali ja, time ni ja nak melaram pon... Time ni la nak posing2 depan kamera. Yang buat aku musykil tu, part nak hire fotog plak, ramai yg tadak budget. Ala kadar ja...
Tak kisah la kan... dah tadak budget nak hire fotog. Janji yang penting2 semua setel. Itu lebih penting dan aku setuju.
Lepas kahwin 2-3 tahun... macam kes aku... aku dah tak ingat sangat dah actually apa yg berlaku masa kenduri. Aku dah tak ingat sapa kawan yang mai, sapa tak mai, makan apa, hantaran rupa macam mana, rupa aku masa kahwin, rupa bini aku masa kahwin.. semua memory blur2.. heheheehe...
Tapi aku nasib baik... sebab apa? sbb aku hire jurugambar yg mahir. Aku lupa banyak benda, tp bila tgk album kahwin aku, baru teringat... baru tengok, ni la kawan2 yang mai kenduri aku, ni la rupa sanak saudara aku, ni la rupa aku n bini aku masa kahwin tu... aku pakai baju apa, dan benda2 kecik yang lain.. refresh balik memori..
Nanti lagi 20 tahun ka, insyaallah kalau album tu elok lagi, boleh tunjuk kat anak2 bila depa dah besaq... ni tokwan, ni tok, ni ayah masa muda, ni pak menakan mak menakan hang, ni fesyen baju kahwin zaman ayah dulu... hehehhe...
Bnayk memori tersimpan dalam album tu.. hal2 baju kahwin, makeup kahwin, pelamin, bilik tido dsbgnya tu kegunaan sehari dua ja, lepas tu tak guna dah... tp kalau ada gambar yg cantik trsimpan dalam album, kita boleh tgk balik benda2 tu sepanjang hayat, Insyaallah..
Jadi aku kira nasib baik ada album cantik yg dibuat oleh jurugambar yg mahir. Ni pada pandangan aku la.. Setengah org rasa gambaq tak penting, atau tak payah bayaq mahai2... save kos... janji ada gambaq.. Ikut suka la kan?
Tp kalau aku, aku rasa bodoh ja buat baju tempah khas, pelamin, set makan dsbgnya mahai ribu2 tp kedekut kat fotog or juruvideo. Puas sekejap ja, abis majlis, apa dapat? Gambaq kategori sampah sbb hire jurugambar bru belajaq nak amik gambaq. Jangan salahkan jurugambar yg baru belajaq tu, sbb dia baru belajaq. Sapa suruh hang pi hire dia? Bukan hang tadak duit. Duit beribu perabis kat benda2 'sementara' tu boleh. Takkan tak boleh nak hire a descent photographer?
Aku cakap ni dari pengalaman. hehehehehe... ada yg keje besaq, majlis kahwin grand, tp bab jurugambar, kedekut nak mampuih... budget ciput, tp nak itu ini, demand itu ini, komplen macam macam... compare dgn jurugambar lain... Kesimpulan, perkhidmatan kena first class, produk first class tp nak bayar low class.... WTF?
Tak tipu, memang ada orang macam ni kat dunia ni. Tp tak ramai. Pada pendapat aku, kalau ada budget, hire la fotog ikut kemampuan masing2... Dan paling penting, pilih la elok2 agar dapat fotog yg mampu berikan hasil yg dikehendaki. Jgn la expect yg bukan2..
Inilah realiti dan cabaran seorang jurugambar kahwin. Agak2nya, senang ka susah jadi jurugambaq kahwin ni? heheeheheh..
Langgan:
Catatan (Atom)