Isnin, 30 Mei 2016

Persoalan

Soalan cepu emas :D

Katakan saya ada rm 10,000. Kemudian saya nak beli kamera baru berharga RM 7000.

Antara 3 scenario di bawah, mana yang lebih baik? Cer citer kat komen.

Senario A

Bayar tunai

-> selepas 2 tahun, kamera dapat, tiada komitmen bulanan, baki tunai Rm 3000 + RM 370.80(keuntungan dividen Tabung Haji 2 tahun, purata 6% setahun)

Senario B

Beli pakai kad kredit

-> selepas 2 tahun, kamera dapat, komitmen bulanan +-RM 292 selama 2 tahun, baki tunai RM 10000 + RM 1236 (keuntungan dividen Tabung Haji 2 tahun, purata 6% setahun)

Senario C

Beli emas Public Gold 60 gram, pajak di Pos Ar Rahnu, financing 75% !
http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/?services

-> selepas 2 tahun, kamera dapat, komitment bulanan +- RM 603 selama 1 tahun, aset emas 60g (bernilai RM 11,574.62, jika purata kenaikan harga emas 10% setahun)

p/s

Harga emas mentah +- RM 159.43/gram ketika post ini dibuat(29.05.2016)

Mohd Fazry
PG00071694

Selasa, 24 Mei 2016

Hutang


Tips bebas hutang dari Penulis Buku "Zero Hutang"

MINDSET BEBAS HUTANG
-----------------------
.
Buat hutang tempoh lebih 10 tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik.
.
Mindset yang betul untuk bebas hutang:
.
(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.
.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.
.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
.
Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
.
Waktu tu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.
.
#motivasikewangan #zerohutang #bebaskewangan #tipskewanganperibadi

Isnin, 23 Mei 2016

Sijil akreditasi LBMA

Apa itu LBMA?

LBMA ialah singkatan bagi The London Bullion Market Association. Sebuah badan akreditasi yang bertempat di London bagi kilang penapisan/penempa emas dan perak.
Kilang penapisan/penempa emas dan perak ialah tempat dimana logam seperti emas ditulenkan mengikut ketulenan seperti 99.99% (24K) dan
ditempa dalam bentuk jongkong, syiling dan sebagainya

Apa fungsi LBMA?

Fungsi utama LBMA ialah penerbitan dan penjagaan LBMA Good Delivery Lists untuk emas dan perak.

Apa benda LBMA Good Delivery Lists itu?

Ia adalah tanda aras (benchmark standard) yang diakui dunia bagi menilai kualiti emas dan perak yang dihasilkan kilang penapisan/penempa,
ia berfungsi seperti ISO atau SIRIM tetapi untuk emas dan perak.

Jadi apa faedah sijil LBMA ni?

Faedahnya ialah jika emas yang anda beli ada akreditasi LBMA, ini bermakna anda tidak perlu risau emas yang anda beli itu emas tipu.
Kalau beli emas LBMA 24K, ini bermakna anda beli emas 24K mengikut berat yang anda beli. Bukan emas celup, emas 916 atau tembaga.
Selagi ia ada dalam seal/casing yang berkeadaan baik, insyaAllah ok.

Terasa lebih selamat dan yakin, betul tak?

#publicgold #tipspelaburanemas #simpanemas

Link

http://www.lbma.org.uk/

Ahad, 22 Mei 2016

Cara mengembangkan kekayaan

Tips kewangan daripada Mohd Zulkifli Shafie. Penulis Buku "Zero Hutang"

***Cara Pastikan Duit Simpanan Bertahan Lama***

Bila ada duit, godaan berbelanja sangat kuat. Bukan sahaja kalau dah ada duit, bahkan bila dapat tahu akan dapat duit (bonus), kita dah siap-siap fikir nak beli itu dan ini. Rasa PERLU beli itu, PERLU beli ini. Setiap apa yang nak dibeli, dah siap dengan alasan kukuh kenapa perlu beli itu, dan kenapa perlu beli ini. Pandai sungguh otak kita buat justifikasi...
:-)

.
Kalau trend begini berterusan, kekayaan kita susah bertahan, apatah lagi untuk berkembang.
.
Pengalaman saya, duit simpanan akan bertahan bila mana;
.
1. Tukar duit kepada EMAS. Sejak pertama kali menyimpan emas, saya belum lagi menjualnya. Setiap tahun saya pastikan ianya bertambah. Belum terfikir lagi untuk menjualnya sebab ia salah satu bentuk simpanan jangka panjang saya. Saya tak tahu kenapa, rasa terlalu sayang untuk jual emas-emas itu. Mungkin sebab emas tu cantik dan memang Tuhan jadikan manusia memang sukakan emas.
.
2. Simpan duit dalam TABUNG HAJI dan 'hilangkan' bukunya. Duit simpanan sentiasa bertambah tapi nombornya tak nampak. Tak tahu berapa jumlah sebenar yang ada dalam akaun tersebut. Dan tentunya tak linkkan akaun TH dengan kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Jadi ia agak sulit untuk dikeluarkan. Kalaupun nak pakai duit, terpaksa cari duit lain...
.
3. Beli HARTANAH. Bila beli hartanah, kita sebenarnya membuat simpanan jangka panjang. Nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun. Lagi baik bila ia dapat disewakan dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bank yang kita bayar. Suatu hari nanti, kalau benar-benar nak pakai duit, ia dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.
.
Saya tak tahu orang lain macam mana. Tapi inilah cara berkesan untuk saya. Kesemua 3 cara di atas sebenarnya cara MENGHILANGKAN NOMBOR-NOMBOR dari kepala kita. Nombor-nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja...
.
Walaupun kewangan itu soal matematik, tapi selalunya kita kalah dengan EMOSI kita sendiri...

Ahad, 1 Mei 2016

Amar dan Nisa

Nak jadi fotographer kena belajar. Dah hampir 6 tahun dah jadi jurugambar kahwin. Ambil gambar memang mudah. Tekan shutter ja. Buat gambar lain. Kena fikir setting, lighting, composition, editing. Kalau jadi jurugambar kahwin yang berbayar pulak, kena fikir marketing, sales, kos, untung rugi, masa, supplier, bla bla bla...
Best kan?